Imej Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 tertiris! Inspirasi dari Proton Saga Iswara teksi?

Haris · Jul 08, 2020 02:59 PM

Proton Saga

Tak sampai beberapa jam montaj Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 dipaparkan, beberapa imej Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 telahpun tertiris.

Laman Facebook The Ajerul memuat naik beberapa imej Proton Saga Edisi Ulangtahun yang sangat-sangat mirip dengan model yang ditunjukkan di dalam montaj.

The Ajerul turut menambah bahawa Proton Saga Edisi Ulangtahun ini didatangkan dalam varian premium.

Berkemungkinan besar, harga Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 ini lebih daripada RM 40,000 berdasarkan harga varian Proton Saga AT Premium.

Sayangnya, Proton mungkin tidak meletakkan harganya sekitar RM 35,000 yang dilihat lebih sesuai sempena ulangtahun ke 35 tahun Proton Saga. Tanda harga tersebut pastinya laku keras dalam kalangan peminat Proton Saga yang bercita-cita memiliki model khas ini.

Selain itu, skema warna yang ditetapkan turut mengingatkan kami kepada Proton Saga Iswara teksi pada hujung tahun 90an. 

Kredit gambar: Flickr

Selain itu, warna kuning, hitam dengan lambang harimau turut mengingatkan kami terhadap sebuah institusi perbankan terkemuka di Malaysia.

Kredit gambar: 1000logos

Comments