Inilah tayar terbaik tahun 2020 untuk saiz 13 hingga 17 inci!

Faisal · Sep 24, 2020 02:02 PM

Tayar merupakan komponen perantaraan. Ia menghubungkan kenderaan dengan permukaan yang membolehkan pengguna bergerak dari titik A ke titik B dengan selamat.

Dengan itu, adalah penting untuk anda membuat pilihan tayar yang betul terumata dalam pasaran yang dipenuhi dengan pilihan tayar yang kurang berkualiti walaupun dengan harga yang tidak begitu murah.

Oleh itu, kami akan mencadangkan pilihan tayar yang berkualiti untuk setiap saiz. Penilaian ini adalah berdasarkan lima keutamaan iaitu keselesaan, kos, prestasi, tahan lama, dan menjimatkan minyak. Anda boleh mengetahui pilihan tayar yang terbaik berdasarkan keutamaan anda pada kenderaan yang dipandu.

Untuk maklumat anda, cadangan ini adalah berdasarkan kenderaan harian yang sering kita pandu seperti Proton Saga, Perodua Myvi, dan juga Honda City. Cadangan ini juga dirungkai berdasarkan keseimbangan dari segi harga dan kebolehan secara keseluruhan.

Tayar eco

Seperti gelarannya, ia direka khusus untuk memberikan penjimatkan minyak.

Bridgestone EP150

Kelebihan: Berharga lebih rendah dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Kekurangan: Tidak sesuai untuk pemanduan rancak, agak bising, terasa keras, dan mempunyai jangka hayat yang sederhana.

Tayar eco
Saiz Jenama/Model Anggaran harga
13 inci Bridgestone EP150 ~ RM 135 - RM 155
14 inci ~ RM 140 - RM 190
15 inci Bridgestone EP300 ~ RM 160 - RM 280
16 inci ~ RM 200 - RM 300
17 inci ~ RM 380

Tayar selesa

Tayar ini lebih lembut dan direka khusus untuk memberikan perjalanan yang selesa.

Michelin Primacy 4

Kelebihan: Lebih empuk dan lebih senyap.

Keburukan: Tidak sesuai untuk pemanduan rancak, jangka hayat yang lebih pendek, dan berharga lebih tinggi.

Tayar selesa
Saiz Jenama/Model Anggaran harga
13 inci Continental CC6 ~ RM 135 - Rm 180
14 inci ~ RM 170 - RM 200
15 inci ~ RM 180 - RM 275
16 inci Michelin Primacy 4 ~ RM 370 - RM 470
17 inci ~ Rm 390 - RM 510

Tayar kos rendah

Tayar ini menjadi pilihan ramai kerana ia sentiasa ada stok dan mempunyai kebolehan yang lebih menyeluruh.

Dunlop Formula D06

Kebolehan: Pilihan yang seimbang dan kebolehan yang pelbagai.

Keburukan: Sederhana dari segi pemanduan rancak, penggunaan bahan api, dan jangka hayat.

Tayar kos rendah
Saiz Jenama/Model Anggaran harga
13 inci Falken SN832i ~ RM 100 - RM 125
14 inci ~ RM 140 - RM 180
15 inci ~ RM 180 - RM 220
16 inci Dunlop Formula D06 ~ RM 220 - RM 240
17 inci ~ RM 250 - RM 380

Tayar berprestasi

Tayar ini digemari oleh pemandu yang bersemangat kerana ia direka khusus untuk pemanduan yang rancak.

Bridgestone Potenza RE004

Kelebihan: Cengkaman yang baik dalam keadaan kering dan basah serta maklum balas pengendalian yang lebih sporty.

Keburukan: Cepat haus, dinding sisi yang keras mengurangkan keselesaan pemanduan, kadangkala terasa bising, dan berharga lebih tinggi.

Tayar berprestasi
Saiz Jenama/Model Anggaran harga
13 inci Dunlop SP Sport J5 ~ RM 110 - RM 135
14 inci ~ RM 120 - RM 165
15 inci Bridgestone RE004 ~ RM 220 - RM 250
16 inci ~ RM 330 - RM 370
17 inci Michelin Pilot Sport 4 ~ RM 400 - RM 510

Tayar tahan lama

Tayar ini direka khusus untuk tahan lebih lama dan menerima penggunaan yang lasak.

Goodyear Duraplus 2

Kelebihan: Jangka hayat yang paling panjang dan menjimatkan minyak.

Keburukan: Tidak memberikan keselesaan dan pengendalian yang terbaik.

Tayar tahan lama
Saiz Jenama/Model Anggaran harga
13 inci Goodyear Duraplus 2 ~ RM 145
14 inci ~ RM 150 - RM 200
15 inci Goodyear Assurance TripleMax 2 ~ RM 170 - RM 230
16 inci ~ RM 235 - RM 300
17 inci Goodyear Excellence ~ RM 300 - RM 500

Kesimpulan

Tahukah anda maksud nombor pada tayar?

Walau apapun pilihan anda, penjagaan tekanan angin serta imbangan dan keselarian tayar haruslah dilakukan dari semasa ke semasa supaya kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat daripada sebarang kecelakaan di jalan raya. Kami akan merungkaikan cadangan tayar untuk kenderaan jenis SUV dan MPV dalam bacaan yang akan datang.

Comments