Intipan: 2021 Toyota Fortuner pasaran Indonesia! Bakal hadir ke Malaysia tahun hadapan?

Haris · Oct 12, 2020 12:30 AM

Toyota Fortuner

Toyota Fortuner generasi yang ada di Malaysia sudah berada dalam pasaran sejak tahun 2016 lagi. Kenderaan utiliti lasak (SUV) ini merupakan generasi kedua semenjak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005.

Terkenal dengan asas kerangka ladder frame FIRM (Frame with Intergrated Rigidity Mechanism) yang turut dikongsi dengan Toyota Hilux, Toyota Fortuner merupakan kenderaan pilihan untuk pengguna di kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar.

Mengikut laman autofun.co.id, Toyota Fortuner bakal dilancarkan di Indonesia pada 15 Oktober 2020. Walaubagaimanapun, beberapa keping imej intipan sudahpun didedah untuk 2021 Toyota Fortuner varian VRZ oleh pengamal media, Indra Fathan.

Hanya mendedahkan perbezaan antara Toyota Fortuner VRZ dengan Toyota Fortuner TRD Sportivo varian paling tinggi, Indra Fathan mendakwa Toyota Fortuner VRZ hanya kekurangan kamera pandangan 360 darjah dan pad pengecas nirwayar.

Selain itu, penggunaan rim 18 inci satu tona dan menggunakan pacuan 4x2 kerana ketiadaan tanda nama 4x4 seperti yang terdapat pada Toyota Fortuner TRD.

Toyota Fortuner generasi sekarang menggunakan 2 pilihan enjin, 2.4 liter dan 2.7 liter. Kedua-dua pilihan enjin tersebut dijangka akan dikekalkan namun varian paling atas ‘Legender’ untuk pasaran Thailand masih menjadi tanda tanya jika ia akan turut hadir ke Malaysia.

Sumber: Instagram - Indra Fathan

Comments