Intipan 2021 Toyota Innova. Indonesia dan Vietnam sudah terima, Malaysia tunggu tahun 2021?

Haris · Oct 07, 2020 05:00 PM

Toyota Innova

Beberapa hari yang lepas, kami telah melaporkan sebuah intipan 2021 Toyota Innova di Indonesia. Kali ini, pengguna Instagram Indra Fathan mendedahkan bahawa 2021 Toyota Innova sudah pun mendarat di Vietnam.

Toyota Innova merupakan antara MPV segmen C yang terkenal dan generasi sekarang sudah berada dalam pasaran sejak tahun 2018. Hal ini bermakna, sudah tiba masanya untuk mengemaskini model tersebut supaya lebih diterima pengguna.

Pembaharuan yang dikenakan nampak serba ringkas dengan jalur gril atas dan bawah yang diseragamkan. Penggunaan warna hitam menggantikan warna perak krom pada bilah gril yang lebih seragam nampak lebih ringkas.

Selain itu, perumah lampu kabus dan ‘dagu’ bumper turut menggunakan bahan binaan berwarna hitam yang sama dengan gril tersebut. Tambahan ‘dagu’ bumper ini memberikan sedikit imej utilitarian pada 2021 Toyota Innova.

Di bahagian belakang, tiada sebarang perubahan ketara. Kedua-dua generasi dilihat mengenakan rekaan lampu belakang dan lampu signal yang sama. Nyatakan pada kami jika terdapat sebarang perubahan.

Masih berkira-kira untuk memiliki MPV? 2021 Toyota Innova dijangka akan hadir ke Malaysia sekitar suku pertama tahun 2021.

Sumber: Indra_Fathan

Comments