window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika!

Khairil ยท Mar 19, 2022 08:17 PM

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika! 01

Kejayaan membanggakan dicita pelumba muda berbakat besar negara, Hakim Danish Ramli di Litar Mandalika, Indonesia apabila memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 2 Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) 2022, hari ini.

Bermula di petak kedua, Hakim Danish membuktikan bakat yang dimilikinya apabila memintas pelumba di petak utama, Amon Odaki seawal pusingan pertama.

Juga baca: Kempunan podium IATC 2022 di Qatar, pelumba cilik Malaysia sasar 'bangkit' di Mandalika

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika! 01

Enggan menoleh ke belakang, Hakim Danish terus memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat dan turut memecahkan rekod litar dengan jarak 15 saat di depan pelumba di tangga kedua, Shinya Ezawa dari Jepun.

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika! 02

Pelumba tuan rumah, Rekyat Fadillah melengkapkan kedudukan podium.

Kejayaan di Mandalika turut menyaksikan Hakim Danish kini menghuni tangga kedua keseluruhan selepas tiga perlumbaan dengan mengumpul 47 mata.

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika! 03

Odaki yang mengungguli perlumbaan pembuka musim di Qatar masih kekal sebagai pendahulu sekalipun gagal menamatkan perlumbaan.

Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika! 04

Tiga lagi wakil negara yang turut beraksi di IATC 2022 iaitu Farish Hafiy Farid Sezli menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9, Emil Idzhar Ezuan ke-10 namun malang buat Farres Putra Fadhill yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan.

Jalur Gemilang berkibar, lagu Negaraku gah dimainkan di Indonesia, Hakim Danish tawan Mandalika! 05

Sebagai info, perlumbaan IATC adalah perlumbaan sokongan kepada perlumbaan MotoGP.

Juga baca: Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Hassle-free purchasing, get your next car fast!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Not trading-in? ย  Sell your car