Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda?

Faisal · Oct 8, 2020 07:50 PM

Pengelap cermin berfungsi untuk membersihkan cermin supaya ia bersih dan jelas. Kebersihan cermin mengundang faktor kepada keselamatan pemandu dan penumpang. Tidak mengira air hujan yang lebat atau kotoran habuk, cermin kereta haruslah berada dalam keadaan bersih supaya mudah untuk pemandu melihat sekeliling.

Antara komponen yang terdapat pada pengelap cermin kenderaan anda ialah:

Lengan (arm)

Lengan berfungsi untuk menghantar pergerakan motor ke pengelap cermin.

Getah pengelap (rubber element)

Getah pengelap cermin berfungsi untuk membersihkan permukaan cermin.

Penyambung (connector)

Bahagian ini menyambungkan getah pengelap dan lengan.

Spring (spring flexor)

Bahagian ini mengekalkan getah pengelap ke permukaan cermin untuk pembersihan yang berkesan.

Spoiler

Bahagian ini memberikan aerodinamik yang lebih lancar.

Untuk maklumat anda, terdapat beberapa jenis pengelap cermin yang digunakan dalam pasaran. Antaranya ialah:

Pengelap cermin standard/konvensional

Pengelap cermin konvensional digunakan oleh kebanyakan kenderaan terutama kenderaan ekonomi. Untuk pengetahuan anda, pengelap cermin konvensional berada lama dalam pasaran kerana ia cukup tahan dan berkesan.

Selain itu, ia juga boleh dinaik taraf kepada jenis yang lebih moden sekiranya pemandu ingin mencuba sesuatu yang lebih kemas.

Pengelap cermin flat

Menariknya, kebanyakan kenderaan yang dikeluarkan kini mengadaptasikan pengelap cermin jenis flat. Antara sebabnya ialah ciri spoiler yang membantu aerodinamik. Oleh itu, ia berupaya mengurangkan bunyi angin dan menjimatkan bahan api. Pengelap cermin flat turut memiliki rupa paras komponen yang lebih ringkas.

Di samping itu, saiz yang kompak memberikan kemudahan penglihatan kepada pemandu. Namun begitu, anda tidak boleh menukar kepada jenis konvensional sekiranya kenderaan anda didatangkan dengan reka bentuk pengelap cermin flat.

Hibrid

Seperti maksudnya, pengelap cermin jenis hibrid menggabungkan ketahanan dan keberkesanan oleh pengelap cermin konvensional dengan reka bentuk kompak yang ringkas dan aerodinamik oleh pengelap cermin flat. Tambahan pula, spoiler pada pengelap cermin melalui sepanjang bilah pengelap.

Ciri ini mengekalkan tekanan bilah getah terhadap cermin walaupun pada kelajuan tinggi supaya pergerakan sentiasa lancar, berkesan, dan senyap.

Jenis getah pengelap

Bercakap mengenai getah pengelap, terdapat jenis getah organik dan silikon. Getah organik lebih senyap. Pada masa yang sama, getah silikon lebih tahan lama kerana sifat silikon yang lebih tahan akan haba, kesejukan,dan pantulan ultraviolet matahari (UV). Selain itu, lapisan hidrofobik yang ditinggalkan oleh getah silikon berupaya mengurangkan air dan kekotoran daripada melekat di cermin.

Walau apapun pilihan pengelap cermin dan getah pengelap, anda boleh mencuba terlebih dahulu untuk mengetahui kesesuaian dengan cara penggunaan anda. Selamat memilih!

Comments