JPJ tiada kuasa ke atas penunggang basikal, rancang kuatkuasa undang-undang?

Haris · Sep 15, 2020 11:00 AM

Baru-baru ini, terdapat sekumpulan individu yang didapati sedang menunggang basikal di jejambat Rasah Kemayan yang dilihat membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Imej tersebut telah dikongsi oleh beberapa warganet yang membidas tindakan yang mementingkan diri tersebut.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, isu terbabit ADALAH di luar bidang penguatkuasaan undang-undang JPJ. Tambah beliau lagi, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan beberapa agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu berkenaan secara lebih holistik.

Datuk Seri Shaharuddin Khalid. Kredit gambar: MalayMail, Farhan Najib

"Kita tidak boleh menyaman mereka kerana dalam konteks undang-undang, basikal bukan tergolong dalam kenderaan yang sepatutnya berada di jalan raya yang boleh dicukai dan bukan kenderaan yang boleh dikuatkuasakan oleh JPJ.

"Pengurusan isu berbasikal di atas jalan raya adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan,” ujar beliau lagi.

Setakat ini, pihak JPJ hanya mampu memberikan kempen nasihat terhadap keselamatan jalan raya terhadap isu berbasikal ini. Pihak berkuasa tempatan seharusnya mewujudkan lorong basikal khas untuk penunggang basikal.

Walaubagaimanapun, melihat kepada trend-trend yang kuncup selepas beberapa ketika, mungkin lebih mudah untuk melarang basikal daripada menggunakan jalanraya (seperti yang dikuatkuasakan di lebuhraya LATAR). Adakah tindakan undang-undang sepatutnya digunakan untuk mengekang hobi ini atau memberi ruang yang sama kepada penunggang basikal di atas lebuh raya?

Sumber: BERNAMA

Comments