Jualan kereta melonjak pada bulan Mei, kata MAA

Mersita · Jun 23, 2020 10:32 AM

Jualan kereta melonjak pada bulan Mei, kata MAA 01

Jualan bulanan kenderaan pada bulan Mei melonjak naik dengan jualan sebanyak 22,960 berbanding bulan sebelumnya yang merekodkan jumlah jualan terendah iaitu 141. Walaubagaimanapun, jika dibandingkan dengan jualan pada bulan yang sama tahun lepas, terdapat penurunan sebanyak 62.2% kerana kekangan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malaysian Automotive Association (MAA) berkata secara umumnya, orang masih berasa takut untuk keluar dan sentimen konsumer masih pada tahap berjaga-jaga.

Tetapi, mereka berpendapat yang jumlah jualan pada bulan Jun 2020 akan lebih tinggi dari bulan Mei 2020 kerana banyak perniagaan telah dibuka semula selepas kekangan diangkat untuk kebanyakan aktiviti ekonomi. Trafik ke bilik-bilik pameran kereta juga semakin meningkat selepas pengumuman tentang pengecualian cukai jualan dibuat.

Jualan kereta melonjak pada bulan Mei, kata MAA 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada sidang media semalam, MAA memberitahu yang jualan kenderaan penumpang jatuh 63.4%, manakala jualan kenderaan komersial pula turun 48.5%.

Jumlah jualan keseluruhan antara bulan Januari hingga Mei 2020 dikira hampir separuh daripada tahun sebelumnya, iaitu dari 253,731 ke 129,561 unit. Tahap produksi kenderaan Malaysia juga menurun 76.1% pada bulan Mei 2020 berbanding produksi pada bulan Mei 2019.

Semua sudah sedia maklum yang pelbagai industri di seluruh dunia telah terkesan dengan isu pandemik COVID-19 dimana dunia ‘terhenti’ seketika. Buat masa ini, perkara yang paling penting ialah kepantasan industri-industri tersebut untuk bangun semula dari kemelut yang melanda.

Jualan kereta melonjak pada bulan Mei, kata MAA 01

Banyak jenama kereta telah menawarkan kemudahan bagi pelanggan untuk memandu-uji dan membuat pembelian dengan mudah. Contohnya, TC Subaru Sdn Bhd menawarkan khidmat pandu-uji di kawasan rumah atau lokasi pilihan pelanggan untuk mengurangkan kesesakan di bilik-bilik pameran. Nissan dan beberapa jenama lain juga ada menawarkan promosi dan rebat istimewa bagi merancakkan lagi jual beli industri otomotif di Malaysia.

Dapatkan senarai cadangan kereta-kereta untuk dibeli semasa pengecualian cukai jualan serta potongan yang ditawarkan oleh jenama-jenama kereta di Malaysia.

Sumber berita: The Edge Markets

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars