Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian?

Mersita · Oct 14, 2020 08:00 PM

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 01

Audi Sport Quattro dan Subaru WRX STI sudahpun menempa nama sebagai kereta ‘all-wheel drive’ (pacuan semua roda) yang paling dikenali di dunia. AWD amat sesuai untuk kereta berprestasi tinggi dan ‘supercar’ paling laju masa kini kebanyakannya menggunakan tren kuasa AWD.

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 02

Masa kini, hampir semua pembuat kereta mempunyai sistem AWD masing-masing. Walaupun namanya berbeza antara satu sama lain, secara amnya ia menghantar kuasa ke keempat-empat roda. Beberapa sistem AWD lebih bagus dari yang lain, tapi hal ini akan kami bincangkan dalam entri lain.

Walaupun teknologi kereta-kereta AWD cukup menarik, kebanyakan warga Malaysia tak ada masalah dengan kereta-kereta 2WD (pacuan dua roda) kita. Kebanyakan penduduk di bandar tak perlu memandu di atas permukaan licin, apatah lagi salji seperti negara-negara lain.

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 03

AWD amat tidak diperlukan di Malaysia, sampaikan Proton X70 pun menggugurkan varian AWD mereka. Varian-varian berspesifikasi tinggi bagi SUV lain seperti Honda CR-V juga dilengkapi dengan hanya 2WD – membuatkan harganya lebih mahal daripada varian versi AWD.

Dari perspektif pemanduan harian di Malaysia, AWD bukanlah pilihan yang menarik kerana sebab-sebab berikut:

1. Sistem AWD jarang sekali digunapakai

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 04

Waktu puncak, sesak ‘lit lit’. Gambar: The Star

Satu-satunya perkara yang diuji ketika anda berulang-alik dalam trafik sesak ialah tahap kesabaran anda. Selain dari itu, kereta anda tidak perlukan prestasi tingginya ketika tersekat dalam trafik sebegini.

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 05

Anda hanya akan merasai kelebihan utama sistem AWD ketika memandu di atas permukaan licin. Walaupun kita tak merasa salji di negara ini, salah satu kondisi yang mungkin memerlukan kelebihan AWD adalah ketika hujan lebat.

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 06

Kelebihan AWD lebih ketara apabila kereta anda boleh dipacu dengan 200 PS.

2. Kereta AWD ‘makan minyak’

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 07

Ini sebab yang paling ketara tentang mengapa tak ramai yang sanggup membeli kereta AWD. Kereta dengan sistem AWD lebih berat dan lebih banyak peluang untuk kerosakan mekanikal.

3. Kereta AWD perlu lebih banyak penyelenggaraan

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 08

‘Differentials’ juga perlu ditukar minyaknya. Sumber gambar

‘Differentials’ dalam AWD juga memerlukan servis tukar minyak. Walaupun servis ini tidak sekerap minyak enjin atau minyak transmisi/gear, ia dikira sebagai kos tambahan dalam penjagaan kereta AWD anda.

4. Kereta pacuan 4 roda lebih berkebolehan daripada kereta AWD

Perbezaan antara kereta AWD dan 4x4 adalah opsyen dalam pemilihan pacuan roda. Kereta 4x4 memberi peluang kepada pemandu untuk memilih samada mahu memacu 4 roda atau 2 roda sahaja. Jika perjalanan harian anda sememangnya melalui laluan ‘off-road’ yang mencabar, lebih bagus jika anda gunakan kereta 4WD dan bukannya AWD.

Kereta AWD dimaksudkan untuk pemanduan berkeyakinan di atas permukaan licin atau merbahaya.

Walaupun kereta AWD berkebolehan dalam menangani permukaan jalan yang mencabar sedikit, ia tidak dilengkapi dengan ‘differentials’ yang boleh dikunci dan tahap gear julat rendah yang sesuai. Chassis ‘unibody’-nya juga mengecilkan jarak pelepasan tanah antara permukaan dengan bahagian bawah kereta AWD biasa.

Ada sebab-sebab kuat untuk beli kereta AWD?

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 09

Kelebihan utama kereta AWD ialah ‘traction’ atau cengkaman atas jalan. Yang pastinya, anda akan rasa lebih yakin dan selamat apabila memandu kereta AWD di atas jalan licin atau semasa cuaca hujan. Jika kereta anda ada kuasa kuda 200 PS, dan ya, AWD sangat-sangat berguna. Jika gaya pemanduan anda memerlukan kelebihan kereta AWD yang mempunyai tahap ‘traction’ yang tinggi, usah ambil peduli kekurangan-kekurangan yang kami nyatakan tadi.

Pengendalian kereta AWD juga lebih bagus berbanding yang lain. Tapi, perkara ini selalunya memerlukan sokongan daripada sistem-sistem lain seperti ‘torque vectoring’ dan kawalan dinamik kenderaan. Dan yang lebih penting, jika anda dah lama idamkan kereta AWD, teruskanlah dengan pembelian anda.

Kesimpulan

Kereta AWD - langsung tak berguna untuk pemanduan harian? 10

Jika keutamaan anda adalah untuk perjalanan harian, mungkin anda akan jarang sekali merasa kelebihan sistem pemanduan semua roda. Sebaliknya lebih baik anda utamakan suite penuh ADAS. Jika anda pemilik yang sangat mengutamakan penjimatan petrol dan penyelenggaraan, oleh itu kereta AWD sememangnya bukan kereta sesuai untuk anda. Jika anda gemar pergi ‘off-roading’, Suzuki Jimny boleh jadi pilihan terbaik anda.

Walaubagaimanapun, jika anda mahukan pengalaman pemanduan yang lebih meyakinkan serta kebebasan untuk pergi kemana saja, kereta AWD cukup sesuai untuk anda. Ada pelbagai sistem AWD yang ada di pasaran dan kami akan bincangkannya dengan lebih terperinci lagi nanti dalam entri yang lain.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars