Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia?

Mersita · Jun 17, 2020 02:28 PM

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 01

Pada masa kini, dunia sudah sekian lama mengambil langkah pertama dalam elektrifikasi kenderaan. Norway adalah negara yang mempunyai paling ramai pemilik kereta elektrik per kapita diikuti oleh California, Netherlands, Sweden dan China. Kereta yang sering kita lihat di Malaysia sudah ada varian elektriknya di negara lain. Honda HR-V versi elektrik adalah Honda Everus VE-1, manakala Volkswagen Golf pula ada Volkswagen E-Golf elektrik.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 02

Honda Everus VE-1 dan Volkswagen E-Golf

China juga telah melihat banyak kemunculan kereta-kereta elektrik keluaran BAIC, Geely, NIO, dan banyak lagi jenama lain. Kemunculan pelbagai jenis kereta elektrik kini telah memberi lebih banyak pilihan bagi penggemar varian kereta tersebut di pasaran. Kereta elektrik paling menarik dari China adalah NIO EP9 yang telah dipandu uji di trek Sepang.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 03

NIO EP9

Kereta elektrik yang secara rasminya dipasarkan di Malaysia ialah BMW i3s (RM 278,800) dan Nissan Leaf (RM 188,888). Pada suatu ketika dahulu, Renault Zoe pernah dijual untuk RM 145,888, tetapi Zoe sudah tidak disenaraikan secara rasmi.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 04

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kita dah lama beransur dari zaman dimana kereta elektrik dikeluarkan dengan rekaan yang kurang menarik dan bersaiz kecil. Dengan adanya kereta elektrik seperti Porsche Taycan, Nio EP9 dan Tesla Roadster, kereta elektrik telah menjadi semakin mengancam dimata pengguna.

Sumber petroleum takkan wujud selama-lamanya, oleh itu kita haruslah mula mencari alternatif lain.

Samada Malaysia sudah bersedia atau belum dengan kedatangan kereta elektrik, kita haruslah mengambil kira beberapa faktor penting seperti:

1. Jumlah port pengecas

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 01

Sedari Jun 2020, kita sudah ada lebih daripada 300 pusat pengecas. Kebanyakannya adalah 3.7kW AC Chargers (>8 jam untuk cas penuh) atau 22kW AC Chargers (<6 jam untuk cas penuh). Pengecas paling pantas yang ada di Malaysia adalah 50kW DC Chargers (<2 jam untuk cas penuh). Buat masa ini, kita ada dua sahaja – satu di R&R Ayer Keroh dan satu lagi di ABB Malaysia, Selangor.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 02

Sumber: FB PLUS Malaysia

Pengecas paling pantas di dunia ialah pengecas 350 kW DC (<30 minit untuk cas penuh). Walaupun stesen pengecas yang ada mempunyai rating tinggi, tempoh cas masih lagi bergantung kepada rating pengecas on-board kereta anda.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 03

Pengecas 350kW di Jerman

Untuk beralih kepada kereta elektrik, kita perlukan lebih banyak pengecas pantas (sekurang-kurangnya pengecas 22kW AC). Pengagihan pengecas di seluruh negara juga harus lebih meluas.

2. Penjanaan dan pengagihan tenaga

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 04

Pengguna biasa akan mengecas kereta mereka pada waktu malam dan barangkali bukan memandu Taycan.

Jika kita hendak beralih kepada kereta elektrik, semestinya kita akan mengecas kereta di rumah sendiri pada waktu malam. Hatta, kebergantungan kita pada elektrik akan jadi semakin tinggi.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 05

Generasi seterusnya pula akan mempunyai pemahaman yang sangat berbeza tentang terma “supercharger”.

Sumber elektrik yang kita nikmati di Malaysia kebanyakannya datang dari turbin gas (42%), minyak mentah (27%), arang (21%) dan kuasa hidro (6%). Peratusan selebihnya terdiri daripada sumber-sumber tenaga lain. 100% arang yang kita gunakan adalah diimpot, 63% daripadanya datang dari Indonesia. Jika kita mahu beralih kepada kereta elektrik, kita juga mestilah mengambil langkah-langkah proaktif untuk menjadi lebih berdikari dalam aspek penjanaan kuasa.

3. Kapasiti teknikal

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 06

Pada tahun 2016, BAIC memperkenalkan BAIC EV200 di Malaysia yang sepatutnya menjadi kereta elektrik CKD pertama Malaysia yang dipasang di Gurun, Kedah. Hingga ke hari ini, masih tiada berita susulan berkenaan kereta elektrik Beijing tersebut. Ini juga bermaksud kita belum lagi betul-betul ada kereta elektrik CKD pertama di Malaysia.

Kereta elektrik dah ada, tapi adakah Malaysia sudah bersedia? 07

Selain dari Norway, negara-negara utama lain yang menggunakan kereta elektrik sudah ada pusat pemasangan kereta elektrik sendiri di negara mereka. Tesla menghasilkan kereta mereka di Netherlands (sejak 2013), California (sejak 2010) dan China (sejak 2019). Di Sweden pula, mereka ada Volvo. Kereta yang dipasang secara lokal selalunya lebih mudah dimiliki dan mampu-milik.

Konklusinya, masih banyak lagi langkah-langkah yang perlu diambil untuk mulakan penggunaan EV di negara kita. Walaupun kita belum sampai lagi ke tahap yang dikehendaki, tapi kita sedang bergerak ke arah itu.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Comments