Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan

Mersita · Jun 15, 2020 12:54 PM

Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan 01

Honda Malaysia telah mengumumkan penurunan harga bagi kereta-kereta Honda berikutan pengumuman pengecualian cukai jualan oleh Kerajaan, dimana 100% pengecualian diberi untuk model CKD (Completely Knocked Down) dan penurunan separuh daripada cukai jualan asal bagi model CBU (Completely Built Unit). Usaha ini adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).

Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan 02

Dengan pelarasan baru ini, harga bagi model-model CKD Honda iaitu Jazz, BR-V baru, City, HR-V, Civic baru, CR-V dan Accord serba baru akan diturunkan antara RM 2,788.46* dan RM 8,545.63*.

Manakala bagi model CBU Honda iaitu Odyssey pula akan mengalami penurunan sebanyak RM 9,502.47*. Harga baru ini berkuatkuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Selain dari itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran istimewa yang sedang berlangsung dengan pembelian kereta Honda dibawah kempen “Kita Bersama Deals”***.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan 01

Harga Semenanjung Malaysia

Kereta Honda lebih murah, potongan sehingga RM 9k kerana pengecualian cukai jualan 02

Harga Sabah & Sarawak

*Penurunan harga di Semenanjung Malaysia yang berkuatkuasa dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

**Harga atas-jalan tanpa insuran. Harga tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.

***Tertakluk pada terma dan syarat. Hanya untuk kenderaan yang didaftarkan dari 1 Jun 2020 hingga 30 Jun 2020.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Trending Discussion

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars