Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R!

Zamil Syaheer · Sep 14, 2020 05:45 PM

Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R! 01

Anda rasa kit badan Drive68 kurang agresif dan garang? Atau anda sukakan rupa kit badan Honda Civic Type-R dan inginkan sedikit sentuhan inspirasi daripadanya?

Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R! 02

Tiga paip ekzos tu beb!

Amotriz, sebuah syarikat pakar dalam kit badan di Thailand ada jawapannya. Mereka telah melancarkan kit badan yang diberi nama LUMGA.

Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R! 03

Ia datang dengan reka bentuk yang sungguh agresif dengan lekukan tajam serta futuristik, ala Civic Type-R dan Nissan GT-R R35.

Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R! 04

Kit badan ini merangkumi bampar depan, skirting sisi, bampar belakang dengan tiga paip ekzos ala Civic Type-R, spoiler belakang dengan ducktail dan akhir sekali opsyen untuk menambah bonet depan custom.

Kit badan LUMGA untuk Nissan Almera 2020 – agresif macam Civic Type-R! 05

Warna putih memang nampak macam Civic Type R!

Minggu lepas Nissan Almera baru sahaja membuat kemunculannya di Malaysia bagi mengegarkan pasaran sedan segmen B. Dengan enjin 1.0 liter bercas turbo yang menghasilkan 100 PS dan 152 Nm tork, betul-betul padu Almera yang baru ini.

Adakah anda suka dengan rupa asal Almera yang baru ini, atau anda tak sabar untuk memberi sentuhan kit badan yang agresif seperti ini? Tinggal komen anda di bawah!

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2018 Nissan Almera 1.5L E AT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars