Konvoi kenderaan dilarang naik ke Genting

Haris · Jul 6, 2020 05:00 PM

Konvoi kenderaan dilarang naik ke Genting 01

Sebuah video pegawai polis tular apabila mengumumkan bahawa mereka menerima arahan untuk menghalang konvoi kereta sport, motorsikal berkuasa tinggi dan motosikal biasa dari memasuki jalan persendirian Genting. Video tersebut tular dalam kumpulan WhatsApp sebelum dimuat naik ke Facebook.

Menurut polis bantuan pihak pengurusan Genting itu, perintah tersebut dikeluarkan oleh pihak pengurusan untuk membuat sekatan jalan raya dengan menghalang konvoi memasuki jalan raya ke Genting. Sehingga kini, polis tersebut belum dimaklumkan mengenai tarikh tamat larangan tersebut.

Pegawai polis itu turut memberikan alasan bahawa pihak pengurusan Genting mengambil tindakan drastik ini kerana tingkah laku kumpulan tersebut didapati mengganggu keharmonian awam.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pihak pengurusan bukan sahaja menghadapi kemalangan kereta yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi mereka juga menerima banyak aduan bunyi bising selama bertahun-tahun.

Tetapi dari video yang tular tersebut, penyebab terbesar sekatan jalan raya ini adalah aduan bunyi bising mengenai tingkah laku yang mengganggu ketenteraman awam berlaku di lobi salah sebuah hotel di Genting.

Aduan bunyi bising telah menjadi masalah berterusan bagi Pihak Pengurusan Genting. Jalan ke Genting selalu menjadi laluan "touge" kegemaran bagi peminat kereta atau sekadar suka suka.

Konvoi kenderaan dilarang naik ke Genting 01

Malangnya, kumpulan ini sering menggunakan ekzos yang kuat sehingga mengganggu ketenteraman. Dalam video tersebut juga terdapat contoh paling mudah pada minit 0.30.

Memamg terdapat larangan terhadap konvoi di jalan menuju Genting Highland tetapi ini adalah kali pertama pihak pengurusan memperkuatkan lagi larangan tersebut dengan sekatan jalan polis.

Jangan sedih jika anda tidak dapat memandu di laluan kegemaran anda itu kerana pegawai polis dalam video itu mengesahkan bahawa jalan raya tersebut akan dibuka tidak lama lagi.

Diharapkan agar mana-mana individu atau berkumpulan lebih bertimbang rasa apabila menakluki puncak Genting selepas ini.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Comments