Lamborghini bakal hadir dengan model terbaru. Lamborghini SCV12, 840 PS!

Haris · Jun 28, 2020 11:29 AM

Jika anda dahagakan kelajuan, ini adalah suatu berita baik. Setakat ini, Lamborghini paling laju adalah Lamborghini Avendator SVJ dengan 780 PS dengan 720 Nm tork. Kini, Lamborghini telahpun mengacah jentera terbaru mereka, Lamborghini SCV12.

Lamborghini SCV12 adalah jentera litar dengan enjin V12 terbaru yang dibina dari Sant’Agata Bolognese. Sayangnya, jentera ini tidak sah digunakan di atas jalan biasa.

Tidak banyak maklumat lanjut yang diberikan oleh Lamborghini. Apa yang diketahui setakat ini adalah Lamborghini mengesahkan bahawa kereta ini akan menjana sehingga 840 PS kuasa kuda. Lebih menarik lagi, tiada turbo ataupun supercharger digunakan. Oleh itu, Lamborghini menggunakan teknologi baru yang dipanggil ‘aerodynamic supercharging

Walaupun rekaan akhir kereta kini disembunyikan dengan penyamaran hitam, putih dan oren, Lamborghini turut mengesahkan bahawa hud model ini akan mempunyai double air intake, bumbung akan dilengkapi dengan ram-air intake scoop

Ciri reka bentuknya bertujuan untuk meningkatkan aspek aerodinamik kereta ini dengan splitter depan, sayap sisi, sirip menegak dan sayap belakang gentian karbon yang dramatik. Kesemua aksesori ini akan membantu Lamborghini SCV12 untuk kestabilan pemanduan pada kelajuan tinggi.

Disebabkan status model terbaru ini yang mengehadkan penggunaannya di atas litar sahaja, pembeli kereta ini akan mendapat kursus percuma bersama-sama dengan Emanuele Pirro, juara 5 kali dalam siri perlumbaan 24 hours of Le Mans. 

Anda juga boleh berlumba di mana-mana sahaja di dunia dengan beliau serta dibantu oleh sokongan teknikal daripada pasukan Lamborghini Squadra Corse Special Projects Consultant.

Harganya belum dipastikan. Sekiranya anda peminat sukan permotoran, tentu anda mengidamkan jentera terbaru Lamborghini ini.

Comments