Lampu kabus: Fungsi sebenar dan masa yang sesuai untuk menggunakannya!

Faisal · Sep 28, 2020 05:29 PM

Lampu yang terlalu ketara sememangnya menganggu pengguna jalan raya kerana ia boleh kelihatan silau. Hal ini lebih menguji apabila ia tidak kena pada tempatnya.

Untuk maklumat anda, lampu kabus berfungsi sebagai penyuluh cahaya dalam keadaan kabus atau dengan jarak penglihatan yang terhad. Namun begitu, pemandu sering menyalahgunakan fungsi lampu ini.

Imej: civicx.com

Antaranya ialah dengan menukar lampu kabus kepada warna yang berlainan supaya kelihatan lebih menarik. Sesetengah pemandu juga menyalakan lampu kabus dalam keadaan yang tidak memerlukan dimana ia menganggu penglihatan pengguna jalan raya.

Oleh itu, kami ingin memberikan panduan mudah mengenai penggunaan lampu kabus yang sebenar.

1: Ketahui suis dan simbol lampu kabus anda

Imej: rac.co.uk

Simbol yang mempunyai garisan beralun di kiri menunjukkan lampu kabus di hadapan, manakala garisan beralun di kanan menunjukkan lampu kabus di belakang.

Kawalan lampu kabus melalui tombol lampu insyarat

Kebanyakan kenderaan mempunyai suis lampu kabus di tombol lampu insyarat, manakala sesetengah pula menggunakan kawalan butang.

Kawalan lampu kabus melalui butang

Sekiranya anda tidak jumpa kawalan lampu kabus, anda boleh merujuk buku panduan pemilik.

2. Situasi yang sesuai untuk menggunakan lampu kabus

Seperti namanya, ia digunakan dalam keadaan kabus atau dengan jarak penglihatan yang pendek (kurang dari 100 meter). Dalam keadaan hujan pula, anda tidak semestinya perlu membuka lampu kabus, melainkan dengan jarak penglihatan yang terlalu terhad.

Sekiranya anda melihat kesemua simbol ini dinyalakan pada setiap masa, anda telah melakukan satu kesilapan

Untuk maklumat anda, penyalahgunaan lampu kabus boleh menerima hukuman melalui Seksyen 119 oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dimana anda boleh didenda sebanyak RM 2,000 atau dipenjarakan tidak lebih dari enam bulan.

Mengapa lampu kabus belakang pada Toyota Prius hanya di satu belah?

Dengan panduan yang mudah untuk dipatuh, sememangnya kita boleh memberikan kerjasama antara satu sama lain supaya pengguna jalan raya sentiasa dipermudahkan.

Comments