Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D?

Haris · Sep 14, 2020 08:00 PM

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 01

Pelancaran sedan Geely Preface baru-baru ini, ditambah dengan pengesahan dua model baharu dalam barisan produk baru Proton telah membuatkan rakyat Malaysia teruja dengan kemungkinan Proton Perdana bakal kembali dengan wajah baru.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Proton Perdana adalah produk mercu bagi Proton dan mampu mengembalikan zaman kegemilangan Proton. Bukan itu sahaja, Proton Perdana mungkin juga mampu untuk mengembalikan minat pada pasaran segmen D secara keseluruhan.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 01

Tidak dinafikan lagi, segmen D lebih dikenali sebagai kereta pakcik-pakcik. Dengan profail pembeli yang semakin berumur, tidak dinafikan bahawa penjualan sedan segmen D tidak lagi menunjukkan tanda-tanda yang baik. Apatah lagi dengan kebanjiran sedan segmen C yang cukup baik.

Pada tahun 2015, terdapat 9 model sedan segmen D yang bersaing sesama sendiri dalam segmen ini. Apa yang lebih menarik lagi, kesemua model-model kereta tersebut bukanlah sekadar memenuhi kehendak pasaran tetapi sebenarnya model mercu jenama masing-masing. Model-model ini serius untuk bersaing dalam segmen tersebut.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 02

Jika mengambil kira model Chevrolet Malibu, terdapat 10 model yang bersaing dalam segmen ini. Namun begitu, seperti yang kita sedia maklum, model mercu dari USA yang diimport dari Korea Selatan ini kurang realistik untuk pasaran ini.

Jika anda seorang pakcik tegar, pada ketika itu sudah tentu anda akan memilih model daripada 3 jenama besar Jepun. Toyota dengan Toyota Camry, Honda dengan Honda Accord dan Nissan dengan Nissan Teana.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 03

Jika anda seorang pakcik yang berjiwa muda, tentu sahaja anda boleh memiliki model yang lebih ranggi seperti Mazda 6 dengan model saingan dari Korea iaitu Hyundai Sonata dan Kia Optima. Model kereta kimchi sememangnya tidak lari dengan rekaan-rekaan yang ranggi.

Jika anda bekas graduan dari institusi pengajian Eropah, kadang-kadang golongan ini masih perasan dan semestinya anda mempunyai pilihan model dari Eropah dengan Ford Mondeo, Peugeot 508 dan Volkswagen Passat.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 04

Kesemua model ini mempunyai kekuatan jualan yang tersendiri dan pada waktu itu kebanyakan pemerhati industri automotif menjangkakan pasaran bagi segmen tersebut bakal berkembang. Namun begitu, ternyata jangkaan tersebut meleset.

5 tahun kemudian, 1/3 daripada barisan model tersebut telah lenyap. Nissan Teana dan Ford Mondeo sudah digugurkan oleh pengeluar masing-masing yang menumpukan terhadap pasaran SUV. Peugeot 508 menerima facelift generasi ke 2 tetapi seolah-olah hilang dari radar di Malaysia. Nasib yang sama juga turut menimpa model sedan kimchi.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 05

Apa yang menarik, Proton telah mengambil langkah yang berbeza dengan melancarkan model Proton Perdana (yang lebih dikenali sebagai Accordana) ketika 5 tahun tersebut. Walaupun angka jualan sekadar sederhana, Proton Perdana generasi ini terjual sebanyak 960 unit pada tahun 2018 manakala 540 unit terjual pada tahun 2019.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 06

Sebagai perbandingan, Honda menjual sebanyak 932 unit Honda Accord (generasi ke 9) dan Volkswagen menjual sebanyak 1,240 unit VW Passat pada tahun 2019.

Walaupun dengan gaya yang menarik dan harga sedan segmen C, sedan mercu Proton ini tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh pesaing segmen D.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 07

Anda tidak boleh menyalahkan Proton untuk kekurangan ciri-ciri tersebut. Proton Perdana dibangunkan berdasarkan Honda Accord generasi ke 8 telah menjadi model lapuk apabila ia memasuki pasaran. Ia tidak dirancang untuk dipasang kelengkapan dan ciri-ciri baharu yang diharapkan oleh pembeli sedan segmen D.

Proton Perdana mempunyai pelanggan paling setia iaitu kerajaan. Namun, di sebalik desakan kerajaan bahawa kesemua pegawai kerajaan persekutuan dan negeri harus menggunakan "kereta nasional" dalam urusan rasmi, desakan tersebut sama sahaja seperti manifesto sebelum PRU.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 08

Oleh kerana kos penyelenggaraan Proton Perdana generasi pertama yang semakin berumur adalah tinggi, kebanyakan pegawai kerajaan negeri mencari pengganti kereta rasmi yang lebih mudah diselenggara seperti Toyota dan bahkan Mercedes-Benz. Hal ini menimbulkan isu nasional kerana ia berlaku ketika negara dilanda masalah ekonomi. Proton pula sudah tentu mencari pengganti Proton Perdana yang lebih mesra poket.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 09

Berdasarkan khabar angin, Proton pada mulanya berbincang dengan Nissan untuk pengganti Proton Perdana dengan menggunakan Nissan Fuga. Malangnya, perbincangan itu gagal justeru Proton beralih kepada Honda dan menjadikan Honda Accord generasi ke-8 sebagai pengganti Proton Perdana.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 10

Walaupun Proton Perdana kini diasaskan oleh kereta yang mudah dan murah diselenggara, Proton Perdana Accordana ini jarang membuat penampilan dalam urusan rasmi kerajaan. 

Dalam satu sisi yang lain, jika Proton Perdana diberi nafas baru, mungkinkah penjawat awam ini akan kembali menggunakan Proton Perdana? Melihat kepada trend Proton X70, mungkin ini adalah suatu penyelesaian yang bernas.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 11

Sehubungan dengan itu, Proton Perdana generasi ke 3 hampir pasti akan tiba di Malaysia. Seperti mana Proton X70 dan Proton X50 yang menggegarkan pasaran, Proton Perdana mungkin mampu menggungguli pasaran segmen D apatah lagi dengan saiz pasaran yang mengecil.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 12

Pada tahun 2015, sebanyak 4,998 Honda Accord telah terjual pada dalam masa setengah tahun. Berbanding dengan tahun 2020 ini, Honda Accord memegang 40% pasaran sedan segmen D walaupun hanya mencatatkan sebanyak 920 unit jualan.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 13

Ya, tahun 2020 yang dilanda Covid 19 ini bukanlah satu tahun yang memberansangkan untuk sektor automotif namun pengecilan saiz ini terlalu ketara berbanding sebelum ini. 

Data kami menunjukkan bahawa segmen D telah mengecil dari sekitar 15,000 unit kereta pada tahun 2015 kepada kurang dari 5,000 unit pada tahun 2019. Hal ini bermakna purata penurunan pasaran setahun adalah sebanyak 4,000 pembeli. 2/3 daripada saiz pasaran telah hilang. Pertumbuhan terbesar pula dicatatkan pada segmen SUV dan sedan nasional, di mana kedua-duanya berlipat ganda.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 14

Peningkatan populariti SUV bukanlah satu-satunya faktor yang menjatuhkan pasaran segmen D. Model pengenalan terbaharu dari BMW dan Mercedes-Benz juga telah mencuri sebahagian daripada pembeli segmen D yang menaik taraf dari kereta segmen C mereka.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 15

Dengan perubahan citarasa ini, terdapat ruang yang besar ditinggalkan oleh pemain industri dan pada waktu inilah sebuah sedan domestik segmen D mampu mengisi ruang tersebut.

Pasaran sedan segmen D sekarang dikuasai oleh Honda Accord dan VW Passat yang dibina secara tempatan (CKD). Toyota Camry pula disahkan hanya akan diimport. Inilah ruang yang paling sesuai untuk dipenuhi oleh sebuah sedan domestik untuk mengambil semula pasaran yang ditinggalkan.

Mampukah Proton Perdana versi Geely kembali menghidupkan pasaran segmen D? 16

Geely Preface kelihatan sebagai sebuah calon yang paling sesuai sebagai pengganti Proton Perdana. Jika jangkaan ini benar-benar terjadi, nampaknya bukan sahaja kegemilangan Proton Perdana akan kembali, pasaran sedan segmen D secara keseluruhannya juga pasti akan merasai kesannya. Bukankah ini suatu langkah yang sangat menarik?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars