Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi

Haris · Jun 23, 2020 02:35 PM

Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi 01

Ahli ekonomi terkenal negara, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menyeru kerajaan untuk memansuhkan cukai kereta import selama 6 bulan. Beliau berkata sedemikian dalam sebuah laporan akhbar tempatan.

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata lambat laun kerajaan Malaysia perlu menamatkan sebarang bentuk dasar yang melindungi industri automotif tempatan.

Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi 02

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai

Dengan bebanan duti import, cukai eksais dan cukai jualan, penjualan kereta import menjadi terlalu mahal untuk rakyat marhaen dengan tempoh hutang yang kini mencecah 9 tahun maksimum.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tiada duti import bagi kereta dari negara yang menjadi sebahagian daripada perjanjian dagangan bebas ASEAN manakala kereta dari negara yang diberi status Layanan Negara Terbaik dikenakan duti import 30% bagi kereta import (CBU) dan 10% bagi kereta yang dipasang dalam negara (CKD).

Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi 01

Namun semua yang dimeterai sukar untuk dilaksanakan dan lebih kepada sekadar janji. Hal ini kerana terdapat banyak kertas kerja yang perlu dilakukan untuk memenuhi syarat-syarat tersebut. Oleh itu, banyak model-model yang terbaru lambat masuk ke pasaran Malaysia disebabkan proses tersebut.

Proton dan Perodua pada masa yang sama menikmati lebih banyak potongan cukai kerana menggunakan banyak komponen yang dibuat secara tempatan.

Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi 02

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata sekarang masanya untuk “menguji” impak memansuhkan semua halangan ketika kerajaan berusaha merangsang ekonomi. 

“Walaupun ramai pengguna tidak berminat untuk membeli kereta baru sekarang kecuali atas keperluan mendesak, pengecualian 6 bulan boleh memberi kefahaman mengenai impak memansuhkan duti import dan eksais ke atas hasil kerajaan dan industri automotif.”

Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi 03

Beliau berkata Proton dan Perodua tidak lagi memerlukan perlindungan kerajaan kerana mereka sudah cukup mantap dengan jaringan kerjasama antarabangsa yang gah seperti Geely dan Daihatsu.

“Mereka juga sudah banyak memperbaiki kualiti kenderaan mereka.”

Turut bersetuju dengan pandangan tersebut adalah Laurence Todd, pengarah penyelidikan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi.

Mansuh duti import juga bukan cukai jualan sahaja, seru ahli ekonomi 04

Beliau menyebut bahawa Proton dan Perodua sudah wujud selama berdekad lama dan jika mereka masih tidak boleh bersaing dengan kereta import, adakah ini boleh diterima?

Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 50% dan 100% bagi kereta baru dalam pelan pemulihan ekonomi PENJANA tidak banyak membantu kerana ia langsung tidak mengurangkan harga kereta sebanyak 10% secara penuh, kata Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Akhir sekali, adakah rakyat Malaysia setuju dengan cadangan tersebut?

Sumber berita: FMT

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars