Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger

Mersita · Jun 23, 2020 04:24 PM

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 01

Jika ada sesiapa yang mampu menandingi kehebatan Toyota dalam trak pikap, ia adalah Ford. Ya, Ford Ranger tidak selaku Mitsubishi Triton atau Toyota Hilux. Tetapi, perlu diingatkan bahawa pada skala global, Ford F-150 ialah trak pikap paling laris di dunia.

‘Built Ford Tough’ bukanlah hanya slogan semata-mata. Budaya trak ada pada asas paling utama budaya Ford, dan ada banyak yang boleh diambil dari kepakaran Ford bila bercakap tentang trak pikap.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 02

Generasi Mazda BT-50 yang dikeluarkan sekarang berkongsi platform dan enjin yang sama dengan Ford Ranger. Malah, ia juga dibina didalam kilang yang sama iaitu Auto Alliance Thailand (AAT) di Rayong – yang juga dimiliki bersama antara Ford dan Mazda.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hubungan akrab ini masih kekal sejak 20 tahun yang lalu, apabila Mazda masih lagi sebahagian daripada Ford. Kini, Mazda telah menjadi syarikat bebas. Tetapi, kolaborasinya dengan Ford di AAT masih relevan, oleh itu kedua-dua syarikat ini memutuskan untuk kekal setia dengan perjanjian pemilikan bersama mereka.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 01

Walaubagaimanapun, seperti yang anda sudah sedia maklum, Mazda BT-50 2020 baharu yang diperkenalkan baru-baru ini dibina berdasarkan generasi terbaru Isuzu D-Max. Mazda BT-50 akan dibina di kilang Isuzu di Samut Prakan, Thailand – kilang yang sama dimana D-Max dihasilkan.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 02

Kenapa Mazda berpisah dengan Ford untuk berganding bersama Isuzu?

Mazda tidak mempunyai kapasiti produksi yang mencukupi di Thailand. Kilang AAT kini menghasilkan Mazda 2 dan CX-3, tambahan pula model-model Ford yang lain. Mazda 2 yang dipasang di Thailand diekspot ke seluruh rantau ini manakala CX-3 pula hanya untuk jualan domestik (CX-3 pasaran Malaysia diimpot dari Jepun).

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 03

CX-5 dan CX-8 pula diimpot dari Malaysia. Memandangkan kilang AAT dikongsi dengan Ford, peruntukan kapasiti bagi Mazda telah mencapai tahap maksima. Tetapi, rantau ASEAN cukup dikenali dengan cukainya yang sangat tinggi untuk kereta impot. Pada erti kata lain, akan tiada peningkatan pada jualan sehingga Mazda mendapatkan atau menambah lagi kapasiti bagi produksi model mereka.

Jalan penyelesaiannya kini ialah kilang AAT harus mengurangkan kapasiti mereka dengan mengeluarkan BT-50 daripada barisan produksi supaya Mazda boleh menghasilkan lebih banyak model-model kereta penumpang disana.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 04

Jika langkah ini diambil, secara teorinya Mazda akan ada peluang untuk menghasilkan lebih banyak model SUV disana memandangkan ia mempunyai permintaan yang lebih tinggi. Salah satu calonnya adalah CX-30.

Memandangkan Mazda tiada kilang lain di Thailand, negara yang mempunyai pasaran paling besar bagi rantau ini untuk trak pikap; mereka memerlukan rakan kongsi alternatif. Disinilah masuknya peranan Isuzu.

Isuzu D-Max barangkali tidak se'seksi' Ford Ranger, tetapi Isuzu adalah calon paling baik dalam penghasilan trak pikap selain daripada Ford atau Toyota.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 05

Sebagai sebuah syarikat, Isuzu barangkali sedikit membosankan tetapi ia boleh berbangga dengan satu kepakaran – Isuzu ialah pengilang enjin diesel terbesar di dunia. Tiada syarikat lain yang lebih dipercayai dalam pembuatan enjin diesel melainkan Isuzu.

Jangan pandang rendah pada tuning enjin standard D-Max. Semua penalaan Isuzu D-Max dibuat untuk kecekapan bahan api yang tinggi serta ketahanan pada kondisi operasi yang paling sukar. Janaan kuasanya yang rendah adalah disengajakan, mengambil kira tahap berlainan pada kualiti bahan api yang digunakan pada kereta tersebut.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 06

Cuba tanya mana-mana pelumba drag Thailand tentang kenapa pilihan mereka ialah Isuzu D-Max berbanding Hilux. Mereka akan katakan yang enjin Isuzu sangat-sangat kuat.

Keputusan Mazda untuk berganding bahu dengan Isuzu bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat. Isuzu D-Max mempunyai reputasi kuat dalam kebolehpercayaan dan ketahanan. Apa yang Mazda perlu lakukan hanyalah menukar rupanya mengikut standard rekaan Kodo mereka yang tersendiri.

Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger 07

Tambahan pula, Mazda BT-50 dan Isuzu D-Max dipasarkan untuk kumpulan pengguna yang berbeza. BT-50 dipasarkan untuk golongan yang lebih mementingkan gaya hidup, manakala Isuzu D-Max pula lebih dipasarkan kepada mereka yang menggunakan trak untuk bekerja, bukan untuk nampak cantik sahaja. Susun-atur antara kedua syarikat ini lebih relevan bagi aspek ini.

Memandangkan yang kedua-dua syarikat ini adalah syarikat Jepun, komunikasi antara mereka barangkali lebih mudah jika dibandingkan dengan berurusan bersama syarikat Amerika dan Australia (Ranger dimajukan oleh Ford Australia).

Disamping itu, Ford juga sedang bergerak kehadapan bersama Volkswagen. Wolfsburg telah berputus asa dengan Volkswagen Amarok yang kurang mendapat sambutan dan generasi Amarok yang seterusnya akan direka berdasarkan Ford Ranger.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Mazda BT-50 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars