Mazda CX-5: Generasi baharu dengan enjin 6-silinder akan datang pada tahun 2023

Faisal · Sep 08, 2020 02:39 PM

Mazda CX-5 merupakan kereta yang hebat untuk dipandu tetapi ia sudah berada di pasaran sejak tahun 2017. Model facelift akan beransur tidak lama lagi tetapi media di Jepun sudah membuat spekulasi mengenai CX-5 untuk generasi yang seterusnya.

Sumber imej: bestcarweb.jp

Berdasarkan laporan daripada Best Car Web, Mazda mungkin merasmikan CX-5 generasi baharu pada Januari 2023. Tempoh ini bertepatan dengan kitaran generasi setiap 6 tahun.

Menurut Mazda, CX-5 mungkin berkongsi platform dengan Mazda 6 generasi baharu yang akan membuat debut pada March 2022.

Sebagai perancangan Mazda untuk meningkatkan taraf kenderaannya, Mazda 6 akan didatangkan dengan enjin 6-silinder sebaris (inline) SkyActiv-X.

Ini bererti Mazda CX-5 akan mendapat enjin yang sama. Best Car Web juga membuat spekulasi bahawa enjin tersebut menghasilkan 300 PS dan 343 Nm tork.

Hal ini bertepatan dengan rancangan oleh ketua pengurus Mazda Motor Corporation dimana beliau ingin memberikan enjin 6-silinder pada model seterusnya.

Sekiranya hal ini benar, CX-5 generasi baharu bukan sahaja bersaing dengan SUV segmen C seperti Honda CR-V dan Proton X70, malah boleh bersaing terus dengan BMW X3 dalam kategori SUV eksekutif kompak.

Comments