Mitsubishi beri latihan keselamatan dan pemanduan defensif. Kerjasama dengan NIOSH!

Haris · Jul 3, 2020 04:39 PM

Mitsubishi beri latihan keselamatan dan pemanduan defensif. Kerjasama dengan NIOSH! 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (NIOSH) Malaysia.

MoU yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak sehingga Jun 2021 akan menjalinkan kerjasama antara kedua-dua syarikat untuk mengembangkan program latihan Keselamatan dan Pemanduan Defensif (Safety and Defensive Driving) serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran teknikal untuk pembangunan produk.

Mitsubishi beri latihan keselamatan dan pemanduan defensif. Kerjasama dengan NIOSH! 02

Program latihan dirancang sekitar aspek mengenal pasti bahaya, mengambil langkah-langkah kawalan semasa memandu serta memperolehi kemahiran dan teknik pemanduan betul yang direka khas untuk pelanggan korporat MMM yang menggunakan kereta Mitsubishi di tempat kerja mereka. Ia juga merupakan program yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.

Mitsubishi beri latihan keselamatan dan pemanduan defensif. Kerjasama dengan NIOSH! 03

MMM berharap melalui perkongsian ini, lebih banyak program kesihatan dan keselamatan dapat dikembangkan sesuai dengan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (OSH) yang bertujuan melindungi pekerja dalam persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati mitsubishi-motors.com.my

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Honda City Hatchback International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars