Model Tamiya Victory Magnum dengan enjin V6 turbo Mitsubishi berskala 1:1! Jom lihat ia dipandu!

Mersita · Aug 05, 2020 03:30 PM

Siapa yang pernah layan siri manga atau anime Bakusou Kyoudai Let's & Go! pada zaman 90-an pasti kenal dengan model Tamiya Mini 4WD yang cukup terkenal ini.

Rakan kami di Funtasticko telah memuat-naik beberapa gambar di Facebook mereka, menunjukkan model Victory Magnum bersaiz boleh-pandu yang dibina di China.

Model kereta Tamiya ini dibina oleh Wang Factory di China yang juga pernah menghasilkan ‘cybertruck’ Tesla dan sut Optimus Prime yang boleh dipakai dengan mekanikal yang berfungsi! Jom lihat bagaimana Wang menghasilkannya dan bagaimana ia dipandu!

Wang dikatakan mengambil masa lebih setengah tahun untuk menjadikan model Tamiya terkenal ini menjadi satu realiti, lengkap dengan enjin Mitsubishi yang pasti akan ‘membangunkan’ zaman kanak-kanak anda.

Enjin model Tamiya Victory Magnum 1:1 binaan Wang

Badan kereta ini diperbuat daripada struktur bingkai tiub besi manakala suspension belakang dan hadapannya menggunakan suspension ‘double-wishbone pushrod’ yang sama seperti kereta F1. Model ini diberi nyawa dengan enjin Mitsubishi 6A13 ‘twin-turbocharged’ 2.5 liter yang mempunyai kuasa kuda maksima 280 PS, dipadankan pula dengan kotak gear transmisi manual 5 kelajuan.

Sumber: Carousell

Victory Magnum, Mini 4WD yang dipaparkan dalam manga ‘Let’s & Go!’ sebagai kereta ketiga Go Seiba yang menggantikan Magnum Saber, mempunyai kelajuan yang tinggi pada jalan yang lurus tapi ia juga dikenali dengan kestabilannya yang lemah.

Sumber: sohu.com

Kalau dah minat dan angan-angan sejak dari kecil lagi, dengan sedikit usaha dan bajet, impian kanak-kanak anda boleh jadi kenyataan!

Comments