Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa

Mersita · Oct 16, 2020 04:00 PM

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 01

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda City 2020 serba baharu, dijual pada harga RM 74,191.

Dengan pelancaran model baru ini, harga-harga bagi model Honda City terpakai juga akan menurun – menjadikannya satu pilihan kereta terpakai yang semakin menarik.

Sedikit latar belakang Honda City GM2

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 02

Honda City GM2, yang juga dikenali sebagai City generasi ketiga, diperkenalkan di Malaysia pada penghujung tahun 2008.

Ia menggantikan model generasi GD-8 yang mempunyai penampilan yang agak kontroversi dan juga satu model contoh untuk CVT yang teruk.

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 03

Dengan menggugurkan transmisi automatik jenis CVT itu, Honda memberi City GM2 dengan unit ‘torque converter’ 5 kelajuan yang lebih konvensional, mengatakan yang pasaran ASEAN lebih gemarkan unit ‘torque converter’.

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 04

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 05

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 06

Apabila ia mula dijual, Honda City GM2 memperkenalkan beberapa kelengkapan yang pertama sekali diperkenalkan dalam segmen itu, termasuklah tempat duduk belakang yang boleh disandar secara 2 langkah, ‘paddle shifters’, dan yang paling penting stereng teleskopik yang boleh dicondongkan.

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 07

Ruang dalaman City yang difacelift lebih selesa dan nyaman

Tambahan pula, apabila model facelift ini diperkenalkan pada 2012, Honda memasang kawalan kestabilan pada varian 1.5 E, sekali lagi yang pertama dalam segmennya. Model facelift itu juga didatangkan dengan ‘anchor points’ ISOFIX serta penunjuk Eco.

Adakah Honda City GM2 bermasalah?

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 08

Honda City GM2 boleh jadi generasi Honda City yang paling boleh dipercayai di pasaran ketika ini.

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 09

Selain daripada bahagian ‘wear and tear’ yang biasa, model ini tak banyak ragam – satu bukti keteguhan kualiti binaan Honda.

Perkara yang paling penting adalah pastikan yang pengembang beg udara Takata telahpun diganti. Ini teramatlah penting untuk memastikan keselamatan anda. Masukkan VIN kenderaan anda di sini untuk periksa samada ia telah diganti atau tidak.

Model yang mana patut dipilih?

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 10

Kami sarankan kepada mereka yang mencari Honda City terpakai untuk mencari model yang dibina antara tahun 2012 dan 2014 kerana model-model ini adalah jenis facelift.

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 11

Tambahan pula, pembeli yang berminat patut memilih varian 1.5 E, kerana varian ini merangkumi kawalan penstabilan yang amat penting. Ia juga mempunyai lampu kabus hadapan, ‘paddle shifters’, stereng berbalut kulit dengan kawalan audio, serta dulang bawah kerusi di belakang.

Bagaimana pula dengan harganya?

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 12

Honda City 1.5 E 2012 dengan kondisi yang cukup baik dijual pada harga sekitar RM 36 ribu, manakala yang tahun 2013 pula berharga sekitar RM 40 ribu.

Perlu diingatkan yang senarai harga dipaparkan di Mudah.my bukanlah harga yang betul-betul tetap. Kebanyakan penjual kereta terpakai belum lagi memasukkan harga fi pemprosesan mereka yang selalunya bernilai beberapa ribu Ringgit.

Kalau boleh, kami sarankan pada para pembeli serius untuk ‘nego’ dan membuat tawaran secara langsung dengan pemilik kereta tersebut. Dengan cara ini, anda boleh elakkan cas-cas tersembunyi dan meter yang digubah. Rekod servis penuh juga akan jadi sesuatu yang berguna sebagai pemilik baru.

Apa yang perlu diperiksa sebelum buat pembelian?

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 13

Sama seperti kereta-kereta terpakai yang lain, pastikan anda periksa bila kali terakhir kereta tersebut diservis. Bukan saja minyak enjin, tapi perkara-perkara penting lain juga seperti cecair transmisi, penyejuk radiator, dan cecair brek.

Pada masa yang sama, ada baiknya juga jika anda periksa tanda-tanda kereta tersebut jika pernah terlibat dalam kemalangan atau rosak disebabkan banjir.

Kesimpulan

Panduan beli kereta terpakai: Honda City GM2 – Varian pilihan dan perkara yang perlu diperiksa 14

Walaupun ia model berumur 8 tahun, kami rasa yang Honda City generasi ini masih lagi mempunyai jangka-hayat yang agak panjang.

Jika dana anda tak mencukupi untuk Honda City serba baru, Honda City generasi GM2 yang terpakai adalah pilihan yang sangat bagus.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City RS 1.5 Hybrid

Upgrade

Add your car

Service powered by

Latest Cars