Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021?

Haris · Jun 7, 2020 11:45 AM

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 01

Kedua-dua model terbaru Honda City dan Nissan Almera telah pun dilancarkan di Thailand. Nampaknya persaingan pada segmen B akan menjadi lebih sengit! Kami bandingkan kedua-duanya menggunakan spesifikasi paling tinggi dari Thailand.

Turbo? Tidak bro

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 02

Berdasarkan kos dan kekurangan insentif, Honda City baru dengan enjin 1.0 liter turbo tidak akan ditawarkan di sini. Sebaliknya, paling berkemungkinan tiba hanyalah enjin 1.5 liter Naturally Aspirated yang bakal digandingkan dengan transmisi CVT. Enjin tersebut  menjana 120 PS kuasa kuda dan 145 Nm tork.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 03

Atas sebab yang sama, enjin 1.0 liter turbo pada Nissan Almera terbaru juga tidak mungkin ditawarkan di Malaysia. Seperti Honda City, enjin 1.5 liter yang menjana 102 PS kuasa kuda / 139 Nm tork akan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik dijangka akan terus digunakan.

Mengikut angka yang dipaparkan tadi, ternyata Honda City akan menjadi pilihan utama berbanding Nissan Almera.

Penggunaan bahan api.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 04

Berdasarkan penggunaan tren kuasa yang sama dengan model sekarang, kedua-dua model dijangka akan memaparkan penggunaan bahan api yang sama. Nissan Almera dilaporkan menggunakan sekitar 7 hingga 7.5 liter / 100 km. Sementara itu, Honda City hanyalah sekitar 7 liter / 100 km sahaja.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 05

Penjimatan bahan api yang lebih daripada Honda City adalah disebabkan penggunaan transmisi CVT Honda yang bagus.

Dimensi

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 06

Honda City 2020 mempunyai 4,553 mm panjang, 1,748 mm lebar dan 1,467 mm tinggi. Jarak antara tayar pula lebih pendek berbanding model terdahulu sebanyak 11 mm iaitu pada jarak 2,589 mm.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 07

Nissan Almera pula mempunyai 4,495 mm panjang, 1,740 mm lebar dan 1,460 mm tinggi. Jarak antara tayar pula berukuran 2,620 mm, lebih panjang daripada City. Namun begitu, secara keseluruhannya, Nissan Almera lebih pendek.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 08

Secara teorinya, Nissan Almera dilihat lebih stabil dengan jarak antara roda yang lebih panjang. Namun begitu, kami akan mengujinya dahulu sebelum membuat pertimbangan.

Rekaan dalaman

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 09

Kami sudah pun melihat Honda City baru dan Nissan Almera baru secara lebih dekat. Pada hemat kami, rekaan dalaman Nissan Almera nampak lebih menarik walaupun tempat duduknya tidak menggunakan kemasan kulit seperti Honda City.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 10

Kualiti plastik yang digunakan pada Nissan Almera adalah baik dan terasa lembut di bahagian tengah dashboard dan panel pintu. Kemasan berwarna kontras yang digunakan dilihat lebih kemas. Namun begitu, warna tersebut mungkin akan diubah apabila model ini masuk dalam pasaran Malaysia.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 11

Pada bahagian dalaman Honda City pula, ia kelihatan lebih kemas berbanding generasi sebelumnya dengan dashboard yang lebih simetri. Kualiti bahan dan binaannya sama sahaja dengan model sekarang. Tidak banyak perbezaan rekaan dalaman antara Honda City dan Nissan Almera, cuma Nissan Almera terasa lebih premium.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 12

Nissan Almera mempunyai panel instrumen semi-digital dengan tachometer digital 7-inci sementara Honda City mempunyai panel instrumen analog. Panel analog terasa seolah-olah satu downgrade berbanding Honda City yang sekarang.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 13

Namun lebih menarik lagi, maklumat brochure yang bocor menunjukkan bahawa Honda City spesifikasi India mempunyai paparan skrin 7 inci di samping speedometer analog. Kalau yang ini, kami percaya ramai yang pasti suka.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 14

Bagi ruang di belakang pula, kedua-duanya agak luas untuk saiz dan segmennya. Walaupun pada tanggapan awal kami, Honda City mempunyai lebih ruang di bahagian kneeroom. Lebih mengejutkan, Almera tidak dilengkapi dengan armrest tengah atau headrest yang boleh dilaras. Kedua-dua kelengkapan tersebut ada pada Honda City.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 15

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 16

Ciri-ciri tambahan

Kedua-dua model ini mempunyai lampu depan LED (penting bagi rakyat Malaysia), automatic climate control, keyless entry dan keyless start. Selain itu, kedua-duanya memiliki skrin infotainment 8-inci dengan fungsi Apple CarPlay, serta penambahan fungsi Android Auto yang hanya terdapat pada Honda City.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 17

Bagi aspek keselamatan pula, kedua-duanya dilengkapi dengan 6 beg udara, ABS dengan EBD, traction control dan hill start assist. Tetapi Nissan mendahului pada kali ini kerana dilengkapi dengan ciri-ciri ADAS.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 18

ADAS pada Nissan Almera pula dilengkapi dengan Intelligent Forward Collision Warning (IFCW), Intelligent Emergency Braking (IEB), Moving Object Detection (MOD), Blind Spot Warning (BSW) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 19

Satu lagi maklumat bocor yang menarik mengenai Honda City 2020 merujuk kepada brochure yang tular. Honda City spesifikasi India dilengkapi dengan sistem Honda LaneWatch yang terdapat pada Honda Civic facelift dan Honda Accord serba baru. Harap-harap ciri ini tidak menjadi ciri eksklusif bagi pasaran India sahaja dan turut hadir untuk pasaran Malaysia.

Perbandingan Honda City baru dengan Nissan Almera baru. Bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021? 20

Itulah dua model yang dinanti-nantikan di pasaran Malaysia. Secara tuntasnya, Honda City menang pada bahagian kuasa enjin dan ruang dalaman. Sementara itu, Nissan Almera menang pada bahagian rekaan ruang dalaman dan ciri keselamatan ADAS. 

Tawaran harga juga berbeza apabila kedua-dua model tersebut ditawarkan. Oleh itu, tepuk dada tanyalah selera anda.

Kedua-dua model ini berkemungkinan untuk hadir ke pasaran tempatan sekitar awal tahun 2021 disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City RS 1.5 Hybrid

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars