Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ?

Faisal · Aug 24, 2020 11:30 AM

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 01

Proton Iriz R5 ialah kereta rali yang dihasilkan untuk mematuhi spesifikasi homologasi rally dibawah Federation of International Automobile (FIA). Beberapa tahun yang lalu, ia membuat kemunculan di pesta Goodwood Hillclimb yang terkenal dan telah bersaing dalam beberapa siri perlumbaan rally di negara Britain tahun lepas.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 02

Sekiranya anda ingin memiliki salah satu daripada kereta rally buatan Malaysia yang hebat ini, Mellors Elliot Motorsport (MEM) telah memaparkan lampiran penjualan untuk Iriz R5 yang bermula daripada 140,000 pound sterling.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 03

Sekiranya ditukar ke matawang kita, ia berharga dalam lingkungan RM 775,000. Dengan harga ini, anda mendapat sebuah kereta yang siap untuk berlumba seperti yang tertera di atas. Dengan menambah lagi £45,000 (RM 246,216), anda akan mendapat ciri tambahan seperti berikut:

  • Paparan informasi Cosworth untuk penolong pemandu
  • Pendaftaran UK yang penuh
  • Pad brek Winmax
  • Kit sampel bahan api
  • Tayar Michelin Competition
  • Sistem Interkom Stilo
  • Kit tayar ganti – termasuk roda, dulang roda, tayar, pengikat, dan pengetat/pelonggar nat

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 04

Walaupun harganya agak tinggi, ia masih murah berbanding kereta terakhir Proton yang memasuki perlumbaan rally iaitu Proton Satrio Neo S2000. Kereta rally ini juga dibangunkan oleh MEM. Sejak tahun 2009 sehingga 2012, ia telah bersaing dalam Intercontinental Rally Championship (IRC), S2000 WRC, and Asian Pacific Rally Championship (APRC).

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 05

Kami telah mengikuti kerjasama Proton bersama ProDrive dan kereta rally Putra WRC. Untuk maklumat anda, harga Satria Neo S2000 masih murah berbanding harga kereta rally WRC yang bermula pada era 90-an. Namun, sejuta ringgit untuk sebuah Satria Neo masih terasa agak melampau tetapi ini bukan Satria Neo yang biasa.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 06

Jika dibandingkan dengan Satria Neo S2000, Iriz R5 berharga lebih murah malah menghasilkan lebih kuasa kuda dan tork walaupun memiliki enjin yang lebih kecil. Satria Neo S2000 dikuasai oleh enjin 1.8 liter milik Renault yang ditala semula. Ini merupakan enjin yang sama pada model Waja tetapi dinaikkan kapasiti ke 2.0 liter bagi mematuhi syarat kereta rally ketika itu.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 07

Enjin yang beraspirasi natural untuk mematuhi syarat FIA itu menghasilkan 282 PS dan 271 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual sequential oleh Xtrac.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 08

Kereta rally Iriz R5 pula dikuasai oleh enjin 4B11 1.6 liter turbo. Sekiranya anda peminat Mitsubishi, mungkin anda perasan bahawa kod enjin ini adalah mirip enjin Mitsubishi Lancer Evolution. Ternyata warisan Mitsubishi masih ada walaupun pada Proton yang lebih baru.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 09

Tujuan mereka mengurangkan kapasiti enjin daripada 2.0 liter kepada 1.6 liter adalah untuk mematuhi syarat kereta rally yang lebih terkini.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 10

Walaupun kapasiti dikurangkan, Iriz R5 mempunyai enjin janaan turbo yang menghasilkan 355 PS dan 450 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan manual sequential. Sekiranya anda mengikuti perlumbaan rally dari dahulu, kapasiti enjin telah dikurangkan tetapi dalam masa yang sama menghasilkan lebih kuasa.

Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ? 11

Akhir kata, Iriz R5 ialah pengganti yang berjaya dalam mengekalkan lagenda Satria S2000 dan Putra WRC. Masa hadapan Proton dalam perlumbaan rally sangat meyakinkan. Dengan penjualan ini, mereka dapat memberi peluang kepada rakyat untuk merasai hasil sentuhan Malaysia yang cukup berdaya saing dalam arena perlumbaan rally.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Proton Iriz 1.3 VVT Standard MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars