Perodua Aruz: apa perbezaan dengan Toyota Rush?

Haris · Jul 27, 2020 07:00 PM

Toyota Rush
Perodua Aruz

Amalan rebadge kereta di Malaysia sememangnya sudah sebati dalam industri automotif negara. Selalunya, kereta-kereta yang dijenamakan semula (rebadge) adalah model kereta yang tidak terdapat di negara ini.

Namun, ada kalanya pengeluar tempatan menjenamakan semula model-model yang sedia ada. Apabila situasi ini terjadi, ramai yang bertanya-tanya apakah taktik yang digunapakai oleh kedua-dua pengeluar kereta.

Antara yang paling terkenal adalah Perodua Aruz. Model ini secara terbuka dibangunkan berasaskan Toyota Rush. Oleh itu, apa perbezaan Perodua Aruz dengan Toyota Rush?

Varian paling tinggi Perodua Aruz 1.5 AV dijual pada harga RM 77,900, sementara varian aras pengenalan Toyota Rush 1.5G berharga RM 98,000. Ini adalah perbezaan RM 20k antara kedua-dua model tersebut.

Kedua-dua SUV ini berkongsi enjin petrol 4 silinder Dual VVT-i 1.5 liter yang mempunyai 105 PS kuasa kuda dan 136 Nm tork yang menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Nak dijadikan cerita, kedua-dua ini turut dipasang di kilang pemasangan Perodua di Rawang, Selangor. Walau bagaimanapun, Toyota Rush diakhiri dengan kemasan terakhir pada kilang Bukit Raja, Selangor.

Untuk perbandingan anda, Toyota Rush varian tertinggi dilengkapi dengan tambahan ciri-ciri keselamatan berikut:

  • Pemantau titik buta (Blind Spot Monitor)
  • Amaran Lintasan Belakang (Rear Cross Trafic Alert)
  • Kamera 360 darjah
  • Pendingin hawa automatik (hanya pendingin hawa memori untuk Perodua Aruz)

Kedua-dua model SUV ini mempunyai sistem bantuan pemandu, dashcam yang terbina dalam dan pembaca Smart Tag. Adakah jenama Toyota itu sendiri memberikan lebih nilai yang kepada model Toyota Rush?

Adakah fungsi-fungsi tersebut setimpal dan berbaloi dengan perbezaan lebih RM 20k tersebut? Sila nyatakan di bahagian komen.

Comments