Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya?

Mersita · Sep 13, 2020 02:00 PM

Jika anda sedang mencari sedan mampu-milik, barangkali anda sedang mempertimbangkan antara Proton Saga dengan Perodua Bezza.

Kali ini, kami akan bincangkan kelebihan dan kekurangan Perodua Bezza untuk bantu anda buat keputusan samada Bezza sesuai untuk anda atau tidak.

Perodua Bezza ialah sedan pertama keluaran Perodua. Ia bersaing secara langsung dengan Proton Saga di dalam pasaran sedan segmen A.

Kebaikan dan Keburukan Perodua Bezza

Kelebihan utama Perodua Bezza ialah kecekapan minyaknya yang terbaik. Apabila kami membuat ujian keatas Bezza terkini awal tahun ini, kami merekodkan angka penggunaan minyak pada anggaran 6.34 liter/100 km – mengalahkan Proton Saga (7.2 liter/100 km).

Perlu diingatkan yang kami dapat angka ini dengan kelengkapan idle start/stop dimatikan kerana fungsi ini agak ketara dan kasar. Jika anda tiada masalah dengan perkara ini, anda mungkin boleh capai angka penggunaan bahan api yang lebih baik.

Selain dari itu, Bezza 1.3 AV spesifikasi tinggi juga adalah sedan paling murah di Malaysia yang dilengkapi AEB dalam bentuk Perodua ASA 2.0.

Tapi untuk pemandu yang pentingkan pemanduan hebat, Perodua Bezza bukanlah untuk anda. Walaupun dengan suspensionnya yang ditala-semula, Bezza terkini tidak memberi anda tahap keyakinan yang sama dengan Saga. Badannya yang tinggi tapi kurang lebar tidak begitu membantu Bezza dalam aspek ini kerana ia terasa kurang cengkam berbanding Saga.

Satu lagi perkara yang menjengkelkan ialah pelarasan sterengnya. Tiang stereng Bezza tidak boleh dilaras – sama seperti Perodua Axia yang menjadi asas Bezza. Agak susah untuk anda dapatkan posisi duduk yang selesa dengan sudut pandang meter yang sempurna, bergantung pada ketinggian anda.

Varian mana yang patut dipilih?

Antara 4 varian yang dijual, pilihan kami ialah Bezza 1.3 X kerana ia merangkumi kawalan keseimbangan (stability control) dan cengkaman (traction control).

Bezza 1.3 AV pula ditambah dengan AEB dalam kelengkapan ASA 2.0 yang kami nyatakan tadi, kerusi kulit, dan unit kepala skrin sentuh berserta kamera undur. Tambahan kelengkapan ini bernilai RM 6,000, melonjakkan harganya lebih hampir kepada tahap RM 50,000.

Berapakah kos penyelenggaraan Perodua Bezza?

Dalam jangkamasa 5 tahun/100,000 km, pemiliknya perlu menyediakan RM 3,149 untuk menyelenggara Bezza 1.3, manakala RM 4,131 pula jika anda melanggan pakej ProCare Perodua yang lebih komprehensif.

Jika anda tidak melanggan pakej ProCare, waranti anda tidak akan terbatal. Tapi, pelanggan disarankan untuk mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan ini bagi memastikan kondisi Perodua berada pada tahap optimum.

Berapakah bayaran bulanan untuk Perodua Bezza 2020?

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk kaji bayaran bulanan Perodua Bezza 2020 dengan mudah. Kiraan di bawah adalah berdasarkan kadar bunga/cengkeram 3.2%.

Perodua Bezza

Model

Harga OTR (RM)

10% Deposit (RM)

Bayaran Bulanan (RM)

5 years

7 years

9 years

1.0G (MT)

33,456

3,346

580 

440

360

1.0G (AT)

35,391

3,539

620

460

380

1.3X (AT)

42,551

4,255

740

560

460

1.3AV (AT)

48,356

4,835

840

630

520

 

Perodua Bezza (anggaran perbelanjaan bulanan bagi setiap bulan)

Model

1.3X (AT)

1.3AV (AT)

Tayar (RM)

30-40/bulan

2-tahun: 800

30-40/bulan

2-tahun: 800

Bateri (RM)

14/bulan

14/bulan

Bayaran bulanan (RM)

5-tahun: 740

9-tahun: 460

5-tahun:840

9-tahun: 520

Insurans (RM)

110/bulan

120/bulan

Anggaran Servis (RM)

50

(580/tahun)

50

(580/tahun)

 

Comments