Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya?

Mersita · Sep 13, 2020 02:00 PM

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 01

Jika anda sedang mencari sedan mampu-milik, barangkali anda sedang mempertimbangkan antara Proton Saga dengan Perodua Bezza.

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 02

Kali ini, kami akan bincangkan kelebihan dan kekurangan Perodua Bezza untuk bantu anda buat keputusan samada Bezza sesuai untuk anda atau tidak.

Perodua Bezza ialah sedan pertama keluaran Perodua. Ia bersaing secara langsung dengan Proton Saga di dalam pasaran sedan segmen A.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kebaikan dan Keburukan Perodua Bezza

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 01

Kelebihan utama Perodua Bezza ialah kecekapan minyaknya yang terbaik. Apabila kami membuat ujian keatas Bezza terkini awal tahun ini, kami merekodkan angka penggunaan minyak pada anggaran 6.34 liter/100 km – mengalahkan Proton Saga (7.2 liter/100 km).

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 02

Perlu diingatkan yang kami dapat angka ini dengan kelengkapan idle start/stop dimatikan kerana fungsi ini agak ketara dan kasar. Jika anda tiada masalah dengan perkara ini, anda mungkin boleh capai angka penggunaan bahan api yang lebih baik.

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 03

Selain dari itu, Bezza 1.3 AV spesifikasi tinggi juga adalah sedan paling murah di Malaysia yang dilengkapi AEB dalam bentuk Perodua ASA 2.0.

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 04

Tapi untuk pemandu yang pentingkan pemanduan hebat, Perodua Bezza bukanlah untuk anda. Walaupun dengan suspensionnya yang ditala-semula, Bezza terkini tidak memberi anda tahap keyakinan yang sama dengan Saga. Badannya yang tinggi tapi kurang lebar tidak begitu membantu Bezza dalam aspek ini kerana ia terasa kurang cengkam berbanding Saga.

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 05

Satu lagi perkara yang menjengkelkan ialah pelarasan sterengnya. Tiang stereng Bezza tidak boleh dilaras – sama seperti Perodua Axia yang menjadi asas Bezza. Agak susah untuk anda dapatkan posisi duduk yang selesa dengan sudut pandang meter yang sempurna, bergantung pada ketinggian anda.

Varian mana yang patut dipilih?

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 06

Antara 4 varian yang dijual, pilihan kami ialah Bezza 1.3 X kerana ia merangkumi kawalan keseimbangan (stability control) dan cengkaman (traction control).

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 07

Bezza 1.3 AV pula ditambah dengan AEB dalam kelengkapan ASA 2.0 yang kami nyatakan tadi, kerusi kulit, dan unit kepala skrin sentuh berserta kamera undur. Tambahan kelengkapan ini bernilai RM 6,000, melonjakkan harganya lebih hampir kepada tahap RM 50,000.

Berapakah kos penyelenggaraan Perodua Bezza?

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 08

Dalam jangkamasa 5 tahun/100,000 km, pemiliknya perlu menyediakan RM 3,149 untuk menyelenggara Bezza 1.3, manakala RM 4,131 pula jika anda melanggan pakej ProCare Perodua yang lebih komprehensif.

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 09

Jika anda tidak melanggan pakej ProCare, waranti anda tidak akan terbatal. Tapi, pelanggan disarankan untuk mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan ini bagi memastikan kondisi Perodua berada pada tahap optimum.

Perodua Bezza – Berapakah bayaran bulanannya? 10

Berapakah bayaran bulanan untuk Perodua Bezza 2020?

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk kaji bayaran bulanan Perodua Bezza 2020 dengan mudah. Kiraan di bawah adalah berdasarkan kadar bunga/cengkeram 3.2%.

Perodua Bezza

Model

Harga OTR (RM)

10% Deposit (RM)

Bayaran Bulanan (RM)

5 years

7 years

9 years

1.0G (MT)

33,456

3,346

580 

440

360

1.0G (AT)

35,391

3,539

620

460

380

1.3X (AT)

42,551

4,255

740

560

460

1.3AV (AT)

48,356

4,835

840

630

520

 

Perodua Bezza (anggaran perbelanjaan bulanan bagi setiap bulan)

Model

1.3X (AT)

1.3AV (AT)

Tayar (RM)

30-40/bulan

2-tahun: 800

30-40/bulan

2-tahun: 800

Bateri (RM)

14/bulan

14/bulan

Bayaran bulanan (RM)

5-tahun: 740

9-tahun: 460

5-tahun:840

9-tahun: 520

Insurans (RM)

110/bulan

120/bulan

Anggaran Servis (RM)

50

(580/tahun)

50

(580/tahun)

 

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars