Perodua Bezza 2020 baru vs. Proton Saga vs. Proton Persona – harga lebih kurang sama, nilai berbeza?

Mersita · Jun 07, 2020 09:08 PM

Perodua Bezza 2020 yang baru adalah pesaing semulajadi Proton Saga dalam pasaran sedan Segmen A. Tapi, dengan spesifikasi tertinggi Advance (AV) yang berharga RM 49,980, masih ada pilihan lain yang anda patut pertimbangkan dalam Segmen B yang lebih besar, iaitu Proton Persona 1.6 Executive.

Jom kita kenali perbezaan kereta ini dengan lebih lanjut:

Secara umumnya, spesifikasi Premium bagi Saga adalah yang paling murah dalam kumpulan ini jika dibandingkan dengan Bezza 1.3 AV dan Persona 1.6 Executive. Ini membawa kami kepada perbandingan seterusnya – ciri-ciri spesifikasi dan tahap peralatan yang ditawarkan ketiga-tiga sedan ini.

Transmisi & Enjin – Persona untuk kuasa, Bezza untuk kecekapan, Saga untuk kelancaran pemanduan

Pemenang mudah bagi ini adalah enjin Campro 1.6-liter VVT S4PH yang ada pada Persona, dimana ia menawarkan lebih kuasa kuda dan tork berbanding Bezza (14 PS and 29 Nm) dan Saga (14 PS and 30 Nm).

Walaubagaimanapun, teknologi enjin Bezza iaitu 1NR-VE Dual VVT-i lebih baru dimana ia lebih jimat jika dibandingkan dengan Persona. Manakala bagi pengubah tork 4-kelajuan automatik pada kereta Perodua, ia bukanlah sesuatu yang signifikan.


CVT Persona dikiri, 4-kelajuan auto Saga dikanan.

CVT Persona masih terlalu bising dan perlu diperhalusi lagi, walaupun setelah dinaiktaraf untuk mencapai lebih kelembutan. Pengubah tork 4-kelajuan automatik yang diambil dari Hyundai pada kereta Saga memenangi kategori ini kerana ia memjanjikan tahap penghalusan yang lebih baik jika dibandingkan dengan dua model saingannya.

Kecekapan petrol – Bezza adalah juara

Tak menghairankan jika Bezza memberi lebih kilometer pada pemanduan, dan ini disebabkan oleh badannya yang ringan, enjin cekap bahan api dan aerodinamik yang lebih licin. Unit 1.3-liter ini memberikan 4.5-liter/100 km ataupun 22 km/liter.

Manakala bagi pesaingnya pula, Proton Persona hanya mampu memberikan 6.1-liter/100 km (16.3km/liter) dan bagi Saga pula, ia cuma menjanjikan 6.7-liter/100 km (14.9 km/liter).

Keselamatan – Bezza masih juara dengan A.S.A 2.0

Penambahan Advance Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) pada barisan AV sememangnya amat mengagumkan pada tahap harga sebegini. Ini kerana ciri keselamatan canggih ini selalunya hanya dipadatkan pada kereta-kereta yang lebih mahal.

Bezza dan Persona masing-masing mendapat 5 bintang pada rating perlanggaran NCAP, manakala Saga pula mendapat 4 bintang.

Ketiga-tiga sedan ini didatangkan dengan peralatan keselamatan yang serupa, walaupun tak lama lagi kami berharap 4 beg udara akan dijadikan tahap standard bagi mereka.

Audio – Saga paling ‘win’

Headunit Saga yang terapung nampak kemas, berfungsi dengan baik serta berbunyi enak berbanding apa yang kita dapat dengan Persona. Headunit ini adalah model Android, oleh itu tiada arahan suara ‘Hi Proton’ dalam model ini. Akan tetapi, ini adalah headunit paling bagus setakat ini dan kualiti skrinnya juga agak hebat.

Walaupun headunit Persona nampak cantik seperti Geely, ia tidak didatangkan dengan arahan suara ‘Hi Proton’ seperti Saga dan juga sambungan 4G & wifi. Ia juga agak perlahan dan sukar untuk digunakan.

Headunit Bezza pula dipadatkan dengan navigasi dan ‘Smart Link’ (untuk Android sahaja), tetapi kualiti bunyinya berada di tahap yang tinggi. Perodua belum lagi belajar dari kesilapan ini dimana Axia dan Myvi mengalami masalah yang sama sejak dulu lagi.

Keluasan but – Persona mendahului, tetapi hanya 2/10

Perbezaan Persona dengan Bezza hanya 2 liter (510 vs 508 litres), dan Saga mempunyai ruang paling kecil berbanding yang lain dengan hanya 420 liter. Ini disebabkan oleh bahagian belakangnya yang rendah dan meleret. Bezza dan Persona kedua-duanya mempunyai but yang lebih besar, menambah lagi kepada kenaikan keseluruhan ruang kereta.

Pemanduan & kawalan – duo Proton mendahului

Proton dikenali dengan dengan kawalan atau handling yang hebat dan juga pemanduan selesa, dan ini membuatkan Persona dan Saga pemenang mudah dalam pemanduan di lebuhraya atau jalan yang rosak. Perodua masih lagi dalam proses untuk memperbaiki aspek ini dalam kenderaan mereka.

Keselesaan – duo Proton naik lebih jauh lagi

Bezza adalah sedan pertama keluaran Perodua, oleh itu sememangnya ada beberapa naiktaraf yang dibuat pada Bezza yang difacelift. Tetapi, ia masih tidak dapat menandingi kemahiran Proton dalam menghasilkan sedan yang selesa.

Dimensi Persona dan Saga adalah lebih lebar dan Panjang berbanding Bezza, dimana ia menyumbang lagi kepada keselesaan dan keluasan seluruh kereta-kereta ini.

Maka, sedan yang mana jadi pilihan hati?

Jika anda tinggal dan memandu di kawasan urban, Bezza patut menjadi pilihan paling sesuai kerana rekaannya tertumpu kepada golongan ini – dimana ia telah terbukti dalam kecekapannya sebagai kereta e-hailing di bandar-bandar. Penambahan ASA 2.0 itu juga sememangnya satu kriteria yang berbaloi dalam pelaburan anda.

Kekurangannya pula iaitu kawalan dan pemanduan yang kurang memuaskan, transmisi yang kurang sedap, ketiadaan larasan teleskopik stering, kualiti pembesar suara yang biasa-biasa, dan juga bentuk badan yang sedikit pelik mungkin boleh jadi penyebab kenapa anda tak suka kereta ini.

Jika anda suka memandu dan kerap memandu jarak jauh, anda boleh pertimbangkan Persona. Enjin Campro 1.6 liternya menghasilkan lebih rungut, dan dengan bahagian dalaman yang luas dan selesa, kereta ini amat sesuai untuk keluarga kecil atau eksekutif muda.

Kekurangannya hanyalah terletak pada transmisi Punch-CVT yang bising dan kasar, headunit perlahan yang sukar digunakan walaupun didatangkan dari Geely, dan juga isu kualiti binaan Proton yang diketahui ramai.

Jika anda mencari sesuatu yang berada pada tangga tengah antara Persona dan Bezza, Saga boleh jadi pilihan anda. Pengubah tork 4-kelajuan automatik yang diambil dari Hyundai dipadatkan dalam Saga amat lancar. Tambahan pula tempat duduk fabrik yang paling selesa dalam perbandingan ini serta headunit berskrin-sentuh Androidnya yang mudah untuk digunakan membuatkan Saga pilihan yang menarik.

Kekurangannya cumalah pada ruang simpanan yang kecil, kekurangan kecekapan petrol dalam pemanduan di bandar dan seperti Persona, ia juga mempunyai masalah kualiti dalam binaan.

Comments