PKPP: Aktiviti sukan permotoran dibenarkan beroperasi

Haris · Jun 9, 2020 01:45 PM

PKPP: Aktiviti sukan permotoran dibenarkan beroperasi 01

Usai pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai fasa terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), lebih banyak sektor perniagaan akan dibenarkan untuk dibuka semula, termasuklah tempat untuk aktiviti sukan permotoran seperti Sepang International Circuit (SIC).

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mulai 15 Jun, sekatan aktiviti sukan dan rekreasi akan diangkat disertai dengan garis panduan yang perlu dipatuhi.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semua perniagaan yang ingin dibuka semula perlu mengisi borang di laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula 8 Jun. Hal ini penting agar peniaga dapat memperolehi Standard Operating Procedure (SOP) serta pemantauan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Antara aktiviti yang dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah sukan badminton, atletik, sukan permotoran dua atau empat roda, angkat berat dan sukan lasak seperti skydiving, bermain skateboard. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti yoga dan senamrobik turut dibenarkan.

Walaupun ini merupakan sebuah berita positif, harus diingatkan bahawa kita masih belum menang dalam usaha pembasmian COVID-19. Oleh itu, kita masih perlu menjaga penjarakan sosial, memakai topeng dan menjaga kebersihan diri ketika melakukan aktiviti berkenaan.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Comments