PLUS tutup lorong Smart Tag untuk RFID. Pinggir pengguna Smart Tag?

Haris · Jul 23, 2020 05:00 PM

PLUS nampaknya sedang menggesa pengguna lebuh raya PLUS beralih ke teknologi RFID. Baru-baru ini, PLUS mengumumkan bahawa 9 plaza tol bahagian utara akan menggunakan teknologi RFID ini.

Bukan itu sahaja, sebanyak 1,500 pelekat RFID ditawarkan secara percuma untuk mereka yang berminat untuk mencuba teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ini.

Kredit gambar

Sungguhpun begitu, tular di laman Facebook apabila PLUS telah menutup satu-satunya lorong Smart Tag di plaza tol Sungai Petani, Kedah untuk digantikan dengan lorong RFID. 

Hal ini membangkitkan tanda tanya ramai pengguna lebuh raya tersebut. Hal ini kerana, Smart Tag juga adalah suatu cara pembayaran tol yang banyak digunakan. Pembayaran menggunakan Smart Tag lebih mudah berbanding kad Touch N Go sahaja.

Selain itu, terdapat beberapa model kereta yang didatangkan dengan pembaca Smart Tag terbina dalam seperti Perodua Myvi, model Haval dan juga tambahan aksesori yang ditawarkan UMW Toyota.

Langkah ini dilihat meminggirkan pengguna Smart Tag. Smart Tag telah dihentikan penjualan oleh PLUS beberapa tahun dahulu. Untuk pengetahuan anda, RFID merupakan inisiatif PLUS sendiri manakala Smart Tag adalah kerjasama dengan syarikat pembekal. 

Kredit gambar

Namun, gesaan terhadap penggunaan RFID ini dilihat memaksa. Tiada salahnya untuk menggesa pengguna ke arah RFID tetapi langkah menutup lorong Smart Tag untuk lorong RFID dilihat menyusahkan pengguna. Seharusnya, kajian yang lebih teliti seperti mengenalpasti tempat yang lebih sesuai perlu dibuat.

Diharapkan agar pihak PLUS dapat memahami pengguna lebuh raya dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna dan bukannya menambah kesusahan pengguna.

Comments