Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini?

Haris · Jun 8, 2020 11:00 AM

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 01

Pada tahun 2019, Proton hanya mengeksport sebanyak 1,100 buah kereta sepanjang tahun. Angka ini jauh berbeza ketika zaman kegemilangannya pada tahun 2005 yang mengeksport sebanyak 20,000 buah kereta ke pelbagai negara seperti Australia, Thailand, Indonesia, Turki dan Mesir.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 02

Asia Tenggara mempunyai gabungan jumlah penjualan kereta baru hampir 3.5 juta kereta setiap tahun, didahului oleh Indonesia (1,030,126 kereta pada 2019), Thailand (1,041,739 kereta pada 2019) dan Malaysia (604,287 kereta pada 2019). Fakta inilah yang menarik minat Zhejiang Geely Holding untuk melabur di Malaysia sebagai gerbang pelaburan mereka di rantau ini.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 03

Bagaimanapun, pelan strategi eksport mereka menjadi samar kerana landskap ekonomi yang berubah-ubah di rantau ini sejak pembelian pegangan Proton dan Lotus pada tahun 2017.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 04

Proton telahpun berjaya menembusi pasaran Thailand dan Indonesia sekitar tahun 2005 hingga 2010. Pada suatu ketika, Proton Savvy adalah kereta bersaiz kompak yang termurah di Thailand dan sesuai dengan kesesakan jalanraya Bangkok. Tiada pencabar lain dalam kelas tersebut yang menyebabkan Naza turut menawarkan Naza Sutera untuk pasaran Thailand.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 05

Proton Exora juga turut meraih kejayaan yang sama di Thailand dan Indonesia. Walaupun jumlah penjualannya biasa sahaja namun kehadirannya dirasai sebagai pencabar kepada Toyota Avanza. Sayangnya, peluang untuk menembusi kedua-dua pasaran tersebut semakin suram.

Tahukah anda, terdapat ‘unspoken rule’ yang dipatuhi oleh Thailand, Indonesia dan Malaysia sekitar tahun 90-an? Dikatakan bahawa ketiga-tiga negara menghormati produk utama keluaran masing-masing iaitu Thailand mengeluarkan trak pikap, Indonesia mengeluarkan MPV dan Malaysia mengeluarkan sedan/hatchback.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 06

3 Produk Asia yang sinonim dengan negaranya

Namun menjelang tahun 2000, kedua-dua negara-negara selain Malaysia mengambil keputusan untuk tidak lagi akan menyokong Proton dan Perodua (baca: Malaysia) dan mengambil kesempatan untuk negara masing-masing.

Ini bukanlah suatu omong kosong. Industri pengeluaran trak pikap di Thailand merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Namun menjelang tahun 2000, kerajaan Thailand berhasrat untuk menghasilkan produk utama yang lain selain daripada trak pikap.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 07

Kereta hasil Eco Car Policy

Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran sedan bajet dalam segmen A dan B walaupun sedia mengetahui bahawa pasaran tersebut adalah pasaran utama bagi Proton dan Perodua.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 08

Daihatsu Ayla dicipta hasil polisi KBH2. Turut dikenali sebagai Perodua Axia

Indonesia juga mengambil langkah yang sama. Mereka turut memberi tumpuan untuk pasaran tersebut dengan polisi Kendaraan Bermotor Roda Empat Hemat Energi dan Harga Terjangkau (KBH2). Indonesia mensasarkan sebanyak 500,000 KBH2 setahun pada akhir tahun 2012.

Polisi-polisi tersebut menunjukkan bahawa visi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mereka juga mahu mengambil bahagian. Ketiga-tiga negara ini kini bersaing untuk menjadi hab pengeluar terbaik di rantau Asia. Tiada lagi semangat ASEAN dalam kalangan kita. Yang ada hanyalah dasar pentingkan diri sendiri.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 09

Pada tahun 2007, Thailand mengumumkan pula Eco Car Policy untuk kereta low carbon emission buatan Thailand. Langkah ini sekaligus menghentikan eksport Proton Savvy ke Thailand. Sejurus selepas itu, pusat jualan Proton pun menggulung tikar di sana.

Begitulah sikap protectionism Thailand yang dilihat mensabotaj Malaysia. Sikap ini bukanlah untuk membina jenama keluaran sendiri malah lebih teruk lagi, menyekat semua kereta import dari Malaysia/Indonesia dalam segmen berkenaan secara keseluruhan.

Tapi itu semua cerita lama. Baru-baru ini Thailand semakin mencabar.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 10

Fasa pertama polisi Eco Car Policy agak longgar. Thailand menetapkan kadar pembebasan karbon pada 120g/km yang merupakan kadar standard bagi kereta kompak.

Tetapi, Fasa kedua polisi Eco Car Policy semakin diperketatkan. Thailand kini menetapkan kadar pembebasan karbon pada 100g/km. Bayangkan, kadar ini lebih ketat berbanding standard Eropah! Anda nak tahu kenapa?

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 11

Honda, Toyota, Nissan, Isuzu dan Mitsubishi adalah 5 jenama yang tinggal bersaing di Thailand

Hal ini kerana Thailand mengetahui bahawa Malaysia dan Indonesia bergantung kepada subsidi minyak yang murah. Ini menyebabkan jenis minyak yang lebih efisien dan mahal sukar untuk diperkenalkan di kedua-dua buah negara ini. Oleh itu, Daihatsu/Perodua keluaran Indonesia/Malaysia tidak dapat dieksport ke Thailand (kerana direka untuk penggunaan minyak murah yang kurang efisien). Polisi tersebut adalah suatu langkah bijak untuk menutup peluang eksport ke Thailand tanpa melibatkan isu cukai. 

Objektif mereka adalah untuk merancakkan lagi pembangunan teknologi di Thailand. Membangunkan enjin yang mesra alam sangatlah mahal. Margin keuntungan bagi kereta segmen A pula senipis cat keretanya. Justeru itu, ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi insentif terhadap pembangunan teknologi tersebut.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 12

Kadar duti eksais Thailand

Antara insentif yang diberikan oleh Thailand adalah pengurangan duti eksais dari 17% ke 12% atau serendah 10% sekiranya kereta tersebut menggunakan minyak gasohol E85. Selain itu, terdapat pengecualian cukai korporat selama 8 tahun.

Sesetengah pengeluar telah membuat konklusi di mana adalah lebih murah untuk membuat kereta segmen B yang mengikut harga kereta segman A berbanding membangunkan sebuah kereta segmen A itu sendiri. Hal ini kerana, polisi tersebut hanya membabitkan kapasiti enjin, kadar pelepasan dan penggunaan bahan api sahaja.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 13

Mitsubishi Attrage (segmen A) turut menerima tempias daripada polisi ini

Terdapat sasaran jumlah pengeluaran kereta sebanyak 100,000 buah kereta setahun untuk memenuhi syarat Eco Car Policy. Pengeluar perlu mengeksport keluar kereta mereka untuk mencapai sasaran tersebut. Pasaran global bagi segmen A agak rendah dan pastinya menyukarkan mereka untuk mengeksport keluar.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 14

Oleh itu, anda kini melihat model kereta segmen B (seperti Honda City dan Nissan Almera) yang menggunakan enjin seperti model kereta segmen A. Proton Saga tentunya tidak dibenarkan untuk dieksport ke Thailand. Nasib kereta segmen A di Thailand seperti Honda Brio Amaze dan Mitsubishi Attrage juga kini muram.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 15

Sebagai perbandingan, Nissan Almera dijual pada harga THB 499,000 berbanding Honda Brio Amaze pada harga THB 517,000. Kalau anda pilih yang mana?

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 16

Kalau kereta segmen B diletakkan pada harga segmen A, tentu spesifikasinya juga seperti segmen A. Nilaikan sendiri Nissan Almera S varian paling rendah yang menggunakan enjin 3 silinder 1.0 liter turbo (101 PS kuasa kuda/152 Nm tork) dengan transmisi CVT automatik, 2 beg udara, ESC dan lampu belakang LED. Agak baik kan?

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 17

Honda juga mempunyai pendapat yang sama. Honda tidak berminat pun nak bawa generasi Honda Brio Amaze terbaru yang sudah dijual di India. Sebaliknya, Honda menggunakan Honda City sebagai kereta ‘mesra alam’ mereka.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 18

Toyota? Pun sama. Toyota menggunakan Toyota Vios yang kita kenali di sini. Di sana, ia menggunakan nama Toyota Yaris Ativ. Enjin 2NR-FE 1.5 liter  juga tidak digunakan. Sebaliknya, Toyota Yaris Ativ menggunakan enjin 1.2 liter untuk memenuhi syarat Eco Car Policy di Thailand.

Toyota Vios di Thailand mempunyai rekaan yang berbeza dengan Toyota Vios di Malaysia.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 19

Vios versi Thailand (kiri) dengan Vios versi Malaysia (kanan)

Bandingkan harga Toyota Yaris Ativ (THB 529,000) yang mempunyai 7 beg udara dengan Honda Brio Amaze (THB 517,000) dan Mitsubishi Attrage (THB 494,000). Pasaran segmen A memang sangat terkesan dengan Eco Car Policy ini.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 20

Melihat landskap automotif Thailand sekarang, tak logik untuk Proton Saga (termasuk Proton Persona) untuk bersaing di pasaran Thailand.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 21

Melainkan Proton sanggup melabur untuk membangunkan kilang di Thailand. Langkah ini juga tidak logik kerana kilang di Tanjung Malim/Shah Alam juga masih tidak mencapai kadar 50% utilization rate. Nasib yang sama juga akan menimpa Perodua Bezza.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 22

Penggunaan bahan api Proton Saga pula mencapai 6.7 liter/100 km manakala Perodua Bezza mencapai 4.5 liter/100 km. Kedua-duanya melebihi syarat Eco Car Policy iaitu 4.3 liter/100 km

Seperti Malaysia, Thailand mengenakan duti import dan eksais yang tinggi manakala kereta buatan tempatan mendapat potongan duti eksais mengikut syarat yang ditetapkan. Antara syarat tersebut adalah Eco Car Policy dan bahan api bio campuran gasohol-ethanol.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 23

Jika Malaysia mempunyai agenda untuk mempromosikan minyak sawit melalui biodiesel, Thailand juga ‘meniru’ langkah yang sama dengan penghasilan gasohol E20 menggunakan tebu. Kereta Eco yang menggunakan gasohol E20 mendapat pengurangan cukai sebanyak 10 peratus.

Penjualan Proton dijana oleh gabungan Proton Saga dan Proton X70 sebanyak 60%. Proton Saga pula sudah tidak berbaloi untuk dieksport keluar dengan Eco Car Policy oleh Thailand dan cukai yang lebih tinggi oleh Indonesia. Nampaknya, peluang terbaik Proton adalah pada Proton X70.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 24

MG HS menggunakan strategi yang sama dengan X70

Namun begitu, Proton X70 akan bersaing dengan MG HS yang dipasang di Thailand. MG HS merupakan produk dari China di bawah syarikat SAIC Motor.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 25

Rekaan dalaman yang begitu menonjol

MG HS yang lebih murah, dilengkapi dengan pelbagai ciri, sesuai dengan minyak gasohol E85 sudah pasti menyukarkan penjualan Proton X70. Kembarnya yang lebih kecil iaitu MG ZS telahpun mengatasi jualan Honda HR-V.

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini? 26

Tugas sukar buat Proton X70

Secara realitinya, komuniti ASEAN bukanlah sebuah blok dagangan yang bekerjasama untuk memajukan antara satu sama lain. ASEAN lebih dilihat sebagai komuniti yang berpecah-belah dengan perbezaan penggubalan undang-undang yang adakalanya menjerut ahli lain. Integrasi ekonomi ASEAN Economic Community (AEC) antara ahli hanyalah sebuah omong kosong dan harapan palsu.

Thailand, Malaysia dan Indonesia adalah tiga seteru dalam usaha mendapatkan pelaburan asing. Sayangnya Malaysia masih lagi dibuai angan-angan tanpa hala tuju yang konkrit manakala jiran-jiran kita sudah memberi tumpuan dan usaha yang jitu untuk mencapai matlamat mereka. Mereka juga menggunakan kesemua kelebihan yang ada dari segi undang-undang mahupun sumber sepanjang 3 dekad lalu. Mahukah kita sekadar menjadi jaguh tempatan?

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Honda City RS 1.5 Hybrid

Upgrade

Add your car

Service powered by

Latest Cars