Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa

Mersita · Aug 3, 2020 03:00 PM

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 01

Kenapa ramai yang tergila-gilakan Perodua Myvi sehingga menjadikannya kereta paling laris di Malaysia? Antara sebab utamanya ialah tawaran harganya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pesaingnya dalam segmen yang sama. Padankan ini dengan penjimatan minyaknya yang cemerlang dan reputasinya sebagai kereta yang tahan lasak, Myvi sememangnya patut diangkat sebagai kereta nasional yang paling digemari di negara kita.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 02

Apabila generasi barunya diperkenalkan pada hujung tahun 2017, ia adalah kereta bawah-RM 60 ribu yang pertama untuk didatangkan dengan kelengkapan ADAS ASA Perodua – merangkumi Amaran Pra-Perlanggaran dan Brek, Amaran Perlepasan Hadapan, dan Kawalan Salah-Kawal Pedal.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 03

Kini, pada tahun 2020, Perodua memberi Myvi beberapa penambahbaikan kecil dalam spesifikasinya. ASA 2.0 yang dinaiktaraf kini boleh didapati dalam banyak lagi rangkaian varian Myvi. Dahulu, ia hanya boleh didapati dalam varian tinggi 1.5 AV. Kini, ASA 2.0 pun ditawarkan pada varian-varian rendah seperti 1.5 H dan 1.3 X.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 04

Ia cukup membanggakan yang Perodua telah pergi jauh dalam aspek keselamatan kenderaan. Kini, Myvi 1.3 G yang paling murah pun dah dipadatkan dengan kawalan penstabilan serta 4 beg udara – bukanlah yang terbaik dalam segmen ini, tapi ia cukup berbaloi dan masuk akal dengan harga yang ditawarkan (dari RM 41,292, tanpa SST, sah sehingga 31 Disember 2020).

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 05

Penjimatan minyak pada Myvi juga menyumbang kepada kejayaannya. Perodua mengatakan yang varian 1.5 liter mempunyai kadar 20.1 km per liter (4.97 liter/100 km), walaupun kebanyakan pemilik melaporkan yang angka penggunaan minyaknya lebih kurang 17 km per liter – jauh lebih bagus dari jangkaan.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 06

Perlu diingatkan yang angka penggunaan minyak ini boleh dicapai walaupun dengan transmisi automatik 4 kelajuan dan bukannya dengan automatik jenis CVT yang dikatakan lebih ‘atas’.

Walaupun dengan semua kehebatan-kehebatan ini, ada satu perkara yang membuatkan Myvi hilang sedikit kredibilitinya – iaitu tempat duduk.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 07

Tapak tempat duduk hadapan dan penyandar agak pendek ukurannya. Oleh itu, tempat duduk ini tidak memberi sokongan peha yang mencukupi dan penyandarnya cuma lebih kurang 3/4 daripada panjang badan seorang lelaki dewasa – penyandar kepala dah jadi penyandar leher.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 08

Walaupun ruang kaki di belakang agak besar, tempat duduk belakangnya juga mempunyai isu yang sama dengan di hadapan – tempat duduknya tidak cukup panjang dan sudut antara tempat duduk dan penyandarnya mungkin tidak begitu selesa bagi sesetengah orang.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 09

Tempat duduk Proton Iriz jauh lebih selesa

Jika dibandingkan dengan pesaing rapat Myvi, Proton Iriz mempunyai tempat duduk yang lebih selesa kerana tapak tempat duduknya lebih panjang dan penyandarnya lebih empuk.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 10

Kekurangannya pula ialah Proton Iriz tidak secekap minyak seperti Myvi, dan ia tiada kelengkapan AEB seperti ASA Myvi. Tambahan pula, transmisi automatik jenis CVT pada Iriz yang tidak cukup diperhalusi adalah satu kekurangan besarnya.

Potong Stim: Perodua Myvi – Memang berbaloi-baloi, tapi tempat duduk tak selesa 11

Secara ringkasnya, pilihlah Perodua Myvi untuk harganya yang berbaloi, kecekapan minyak yang cemerlang, dan ketahanannya yang dipercayai – tapi bukan untuk tahap keselesaannya. Myvi bukanlah sebuah kereta yang selesa untuk dipandu dalam perjalanan jauh.

Oleh itu, jika anda mencari kereta yang mempunyai pemanduan dan pengendalian yang lebih baik serta tak kisah tentang penjimatan minyak, Proton Iriz boleh jadi alternatif terbaik untuk anda.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars