Proton Saga lwn. Perodua Myvi: Mana satu lebih tahan nilai jualannya?

Mersita · Jul 22, 2020 04:00 PM

Sebelum kita mulakan, Proton Saga dan Perodua Myvi memang selalu didebatkan di kedai-kedai kopi. Antara persoalan paling popular yang dibincangkan bila nak beli aset: Mana satu yang punyai nilai jualan-semula paling kental antara dua model kereta popular ini?

Untuk menjawab soalan ini, Carsome telah mengeluarkan data bagi beberapa model kereta popular di Malaysia dan senarai ini melibatkan kereta seperti Perodua Myvi dan Proton Saga.

Kenapa kita boleh rujuk Carsome dengan yakin? Ini kerana data mereka adalah yang paling tepat setakat ini kerana mereka mengira nilai tersebut berdasarkan transaksi sebenar. Harga-harga yang anda lihat di Mudah atau Carlist bukanlah harga sebenar - itu hanya harga tawaran yang boleh berubah-ubah berdasarkan proses transaksi masing-masing.

Nak tahu apa yang kami tahu?

Berdasarkan data Carsome, Perodua Myvi berumur 3 tahun menahan 65% daripada nilai asalnya, rendah sedikit berbanding Proton Saga berumur 3 tahun yang boleh mengekalkan 71% daripada nilai asalnya.

Tetapi, sejurus selepas kereta tersebut mencecah umur 5 tahun, Perodua Myvi boleh kekalkan 53% daripada nilai asalnya dan ini sangat berlainan dengan Saga. Saga pula akan mengalami penurunan yang lebih besar – mengekalkan hanya 47% daripada nilai asalnya selepas 5 tahun.

Penurunan menjunam bagi Saga terpakai juga adalah contoh yang baik untuk menggambarkan kepentingan waranti pada kereta, dimana pembeli Myvi masih boleh menarik nafas lega dalam aspek ini.

Juga perlu diingatkan yang Proton Saga 5 tahun lepas ialah model generasi BLM/FLX dan bukannya model generasi terkini. Oleh itu, tiada kawalan penstabilan di sini.

Oleh itu, benarkah yang Perodua Myvi boleh tahan nilai dengan lebih bagus berbanding Proton Saga?

Ini bergantung pada (A) bila anda nak jual balik atau, (B) kereta mana satu yang anda nak beli dari pasaran kereta terpakai.

Proton Saga berumur 3 tahun menahan nilainya dengan lebih baik berbanding Perodua Myvi 3 tahun. Tapi, bila ia mencecah umur 5 tahun, Perodua Myvi kekalkan nilainya dengan lebih baik.

Tapi terbalik pula bagi pemilik salah satu kereta ini setelah 5 tahun. Myvi lama lebih tinggi nilainya berbanding Saga lama (5 tahun). Yang penting, kelebihan waranti memainkan peranan besar dalam nilai jualannya.

Dan yang lagi penting, tak ada pemenang jelas dalam debat ini. Sekian, terima kasih.

Comments