Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda!

Haris · Aug 7, 2020 11:00 AM

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 01

Litar Nurburgring atau lebih dikenali sebagai The Green Hell adalah sebuah litar yang sangat terkenal bagi peminat sukan permotoran sedunia. Di antara liku-liku, titik buta dan curam yang menakutkan, Nürburgring senantiasa menjadi cabaran utama bagi pemandu-pemandu di seluruh dunia. Nürburgring adalah trek perlumbaan yang boleh dikatakan paling berbahaya dan paling panjang di dunia.

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lebih menarik lagi, 2 orang adik beradik, Jochem dan Ruben Gravemade, melalui instagram mereka Dutch Diy Mechanics telah memilih jentera Proton Wira dalam usaha menakluk Nurburgring. Menarik bukan?

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 01

Model Proton Wira yang dipilih adalah Proton Wira 415 GLSi tahun 1996. Kereta berumur 24 tahun tersebut telahpun ditala untuk pemanduan litar. Kereta ini adalah kereta pemanduan sebelah kiri (Left Hand Drive) yang bermakna kereta ini asalnya adalah kereta untuk pasaran Eropah.

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 02

Talaan kereta ini adalah seperti berikut. Enjin 1.5L 4G15 yang berkuasa sekitar 91 PS kuasa kuda digunakan. Rim 15 inci OZ dengan tayar Toyo Proxes R1R, pad brek Black Diamond untuk bahagian hadapan, EBC Brake Shoes untuk bahagian belakang, sistem suspensi APEX, tempat duduk jenis bucket jenama Sparco.             

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 03

Warna yang dipilih oleh adik beradik ini adalah warna merah putih untuk menyerupai teksi di Malaysia. Di samping itu, kereta ini telah dikurangkan berat dan mempunyai ekzos yang bocor, kami yakin akan diperbetulkan dalam masa hadapan. Anda berminat untuk membantu adik beradik ini?

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 04

Perincian yang diletakkan di kereta ini juga sangat menarik. Misalnya, ada pelekat Drive Thru McDonalds Malaysia pada bahagian cermin hadapan dan pelekat teksi di sisi pemandu. Pelekat teksi tersebut turut meletakkan DDM Dutch Mechanics Sdn Bhd dan Ampang bagi memberikan lebih citra Malaysia.

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda! 05

Apabila ditanya mengapa adik beradik ini memilih Proton Wira sebagai jentera taruhan mereka, Jochem hanya menjawab bahawa mereka menghabiskan masa kanak-kanak mereka di Malaysia. Oleh hal yang demikian, Proton sememangnya dekat di hati mereka dan sudah tentu jentera jenama tempatan ini pasti digunakan mereka bagi hobi ini.

Ramai anak watan tentunya berbangga apabila melihat jenama Malaysia menjadi kepercayaan sedunia. Adakah anda masih bersetuju jika Proton bercadang untuk penjelmaan semula kereta-kereta prestasi mereka seperti Wira dan Satria?

Sumber: Instagram Dutch DIY Mechanics

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Comments