Proton X50: Proton memberikan sentuhan Ride and Handling yang istimewa!

Faisal · Sep 30, 2020 01:00 PM

Berikutan perasmian Proton X50 baru-baru ini, Proton mengadakan sidang sesi pandu uji ringkas untuk SUV segmen B yang cukup dinantikan selama ini. Dalam siding media tersebut, ketua jurutera Proton memperjelaskan beberapa talaan dan sentuhan yang diterima oleh Proton X50. Beliau berkata bahawa usaha ini bertepatan dengan reputasi Proton dalam memberikan keseimbangan dari segi pengendalian dan keselesaan pada barisan kenderaan mereka.

Antara perkara yang telah diubahsuai daripada saudara Geely Binyue/Coolray ialah talaan kadar mampatan dan penyerapan pada spring dan damper serta bar anti-gulung (anti-roll bar) yang baru. Sistem stereng kuasa elektrik (electric power steering) turut diubahsuai untuk pasaran tempatan dimana ia menerima 4 mod yang boleh diubahsuai (berkemungkinan pengubahsuaian berat).

Semestinya Proton X50 memerlukan talaan dari segi Ride and Handling daripada Proton kerana reputasi mereka dalam memberikan kawalan badan, stereng, dan keselesaan yang cukup mantap dalam satu pakej yang sama adalah sukar untuk ditandingi.

Ikuti perkembangan kami untuk maklumat yang terperinci dan terkini mengenai Proton X50 yang bakal menyusul di jalan raya tidak lama lagi.

Comments