window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal?

Haris · May 28, 2020 08:00 PM

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 01

Terdapat 2 pencabar terbaru yang bakal merebut gelaran juara SUV segmen B. Pencabar tersebut adalah Proton X50 (bakal dilancarkan pada tahun 2020) dan Nissan Kicks (bakal dilancarkan dalam tahun 2021). Buat masa sekarang, juara dalam kelas ini masih lagi Honda HR-V.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 01

Nissan Kicks E-Power akan masuk ke Malaysia pada tahun 2021 manakala pelancaran Proton X50 terpaksa ditangguhkan ke penghujung tahun 2020 disebabkan pandemik wabak Covid-19.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mari kita mulakan topik ini dengan juara SUV segmen B. Honda HR-V mencatatkan jumlah penjualan yang luar biasa, apabila lebih dari 14,800 unit terjual antara Januari dan November 2019, justeru terus mengukuhkan kedudukan nombor 1 dalam segmen ini.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 01

Setakat Oktober 2019, HR-V telah menguasai 79% bahagian pasaran dalamsegmennya, menjadikan ia sebagai SUV terlaris di Malaysia.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 02

Namun, kesemuanya bakal berubah dengan kehadiran Proton X50 2020 dan Nissan Kicks 2021 yang sangat dinanti-nantikan bagi pasaran SUV segmen B.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 03

Antara faktor utama dalam memilih SUV adalah ruang dan praktikaliti. Dalam artikel ini, kami akan membandingkan dengan lebih mendalam lagi antara ketiga-tiga crossover ini. Model yang kami bandingkan adalah Proton X50 (petrol) dengan Honda HR-V 1.5L (hibrid) dan Nissan Kicks e-Power (hibrid). Adakah ruang merupakan aspek paling penting bagi anda? 

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 04

Nissan Kicks e-Power kelihatan lebih kecil berdasarkan gambar kerana reka bentuknya yang lebih ‘bulat’ berbanding Proton X50 yang nampak lebih elegan. Namun begitu, ruang but belakang Nissan Kicks sangat mengagumkan dengan hanya 4 liter kurang daripada Honda HR-V (437 liter).

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 05

400 liter kapasiti but Kicks e-Power

Dengan tempat duduk belakang yang dilipat, keseluruhan ruang Kicks berkapasiti 1,503 liter, jauh lebih besar berbanding HR-V atau X50. Hal ini menjadikan X50 terasa lebih ‘kerdil’. Kami cuba mendapatkan spesifikasi ruang penuh X50 dengan tempat duduk dilipat tetapi tiada sebarang angka yang ditunjukkan di laman web Geely.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 06

X50 hanya sekadar 330 liter

Varian biasa Honda HR-V petrol pula menawarkan lebih banyak ruang but dengan kapasiti 437 liter apabila tempat duduk ditegakkan manakala 1,032 liter dengan tempat duduk belakang dilipat tanpa kehadiran pek bateri hibrid.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 07

404 liter di dalam HR-V 1.5L Hybrid

Jika anda perhatikan secara terperinci, lengkungan tayar belakang Nissan Kicks e-Power kurang menonjol berbanding Proton X50 dan Honda HR-V. Ini bermaksud lebih mudah untuk menyusun barang anda pada Nissan Kicks. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga crossover ini mempunyai lantai yang rata dan penutup bonet yang rendah bagi memudahkan anda memuatkan barangan.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 08

Dengan ini kita dapat menyimpulkan bahawa Honda HR-V 1.5L Hibrid masih mempunyai ruang but yang terbaik dengan tempat duduk tegak. Sementara itu, Nissan Kicks dilihat lebih praktikal dan lebih luas dengan ruang keseluruhan terbesar 1,503 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Namun begitu, tidak bermakna anda harus melupakan X50 kerana X50 masih memberi saingan dari segi lain.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 09

Mengikut spesifikasinya, Proton X50 menjana kuasa kuda dan tork paling tinggi. Dengan harganya yang sangat menarik, kehadirannya mengancam penjualan kedua-dua Nissan Kicks e-Power dan Honda HR-V. Peminat enjin hibrid mungkin berminat dengan kuasa tork 254 Nm Nissan Kicks yang menggunakan sistem kuasa hibrid elektrik. Sementara itu, jenama Honda masih mempunyai peminat setia yang menjadi pemangkin kepada penjualan model HR-V.

Proton X50 vs Nissan Kicks vs Honda HR-V – Yang mana lebih praktikal? 10

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
Car for sale
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Hassle-free purchasing, get your next car fast!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Not trading-in?   Sell your car