Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C!

Haris · May 29, 2020 08:00 PM

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 01

Pasaran SUV segmen C adalah segmen yang paling menguntungkan di Malaysia. Hampir kesemua pengeluar menawarkan model baru mereka dalam segmen ini dalam usaha untuk mendapatkan bahagian pasaran masing masing. Setelah sekian lama Honda CR-V menguasai segmen ini,dan terus menggegarkan pasaran SUV segmen C.

Pencabar terbaru: Proton X70

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 01

Proton X70 adalah SUV pertama yang dibangunkan oleh Proton bersama Geely. X70 merupakan SUV premium pertama di bawah jenama dari Malaysia. Proton mempertaruhkan nasibnya dengan bersaing dalam sebuah segmen yang belum pernah diterokainya. Namun, langkah ini ternyata membuahkan hasil kerana Proton berjaya mencatatkan rekod penjualan tertinggi dalam sekelip mata melalui SUV ini di samping menyumbang kepada kemandirian Proton.

SUV terbaik dalam kelasnya: Honda CR-V

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 02

Sebut sahaja perkataan SUV, pasti imej Honda CR-V terpampang di fikiran anda. Mana tidaknya, CR-V telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1997 dan mempunyai reputasi sebagai SUV yang praktikal, andal dan selesa. Maka tidak hairanlah sekiranya CR-V menjadi sebuah pencabar utama dalam kelasnya.

Wakil terbaik Eropah: Volkswagen Tiguan

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 03

Sekiranya SUV Jepun dan Malaysia bukan pilihan anda, terdapat sebuah lagi SUV keluaran Eropah yang boleh dipertimbangkan iaitu  Volkswagen Tiguan. Walaupun Tiguan bukan pilihan utama di sini tetapi SUV ini ternyata sangat popular di China, Eropah, dan Amerika Utara. Volkswagen melakar kejayaan global mereka melalui SUV ini, melayakkannya menjadi salah satu pilihan yang mantap untuk bersaing dengan X70 dan CR-V.

Pandang Pertama

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 04

Melalui perbandingan di atas, harga Proton X70 ternyata lebih murah berbanding Honda CR-V dan Volkswagen Tiguan dengan penjimatan sebanyak RM 43,000. Anda pastinya terliur dengan harganya yang mampu milik berbanding pencabar yang lain. X70 juga dilengkapi dengan spesifikasi yang mantap, namun begitu ianya masih jauh dari sempurna.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 05

Walaupun berat CRV adalah 99 kilogram lebih tinggi daripada Tiguan, CR-V tetap kekal sebagai pemenang keseluruhan bagi aspek nisbah kuasa-ke-berat. Hal ini kerana CRV hanya memerlukan 8.8 saat untuk bergerak 0-100 km/j. Volkswagen Tiguan pula adalah SUV paling ringan dalam persaingan ini, akan tetapi ia mempunyai kuasa kuda paling rendah di antara kedua-duanya. Oleh itu, Tiguan mengambil masa 9.2 saat untuk bergerak 0-100 km/j.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 06

X70 CKD dilengkapi dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan yang lancar serta tambahan tork sebanyak 15 Nm. Pada masa yang sama, X70 juga lebih 126 kilogram berat daripada CR-V. Berat tersebut ternyata menghukum, dengan X70 mengambil masa selama 9.5 saat untuk bergerak 0-100 km / jam. Sekiranya anda mementingkan kelajuan, maka anda akan lebih cenderung memilih CR-V (yang pantas untuk jalan lurus sahaja).

Aspek keselesaan

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 07

Sistem suspensi pada X70 telah dinaik taraf oleh Proton tetapi ini bukanlah sebuah naik taraf yang menyeluruh. Hasilnya, X70 kini mempunyai keselesaan perjalanan yang terbaik dalam kelasnya, tidak terlalu terlalu keras atau terlalu lembut. Tempat duduk varian Premium X pula dibaluti dengan kemasan kulit Nappa yang mewah. Peningkatan paling ketara adalah apabila tempat duduk belakang mampu dibaringkan dari 27 hingga ke 32 darjah. Ini membantu memperbaiki salah satu kelemahan kecil pada X70 generasi sebelumnya. Selain itu, terdapat banyak port pengecasan USB di seluruh kabin termasuklah pada cubby hole di kedua-dua sisi papan pemuka.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 08

Sementara itu, Volkswagen Tiguan memberikan anda pemanduan dengan lebih tenang, lincah ketika mengambil selekoh dan reka bentuk yang menyerlah. Boleh dikatakan kualiti pemanduannya setara dengan X70 tetapi sedikit lembut pada bahagian suspensi. Kemasan kulit 'Vienna' pada Tiguan juga terasa lebih mewah berbanding kemasan kulit Nappa pada X70. Tambahan pula, tempat duduk belakangnya panjang dan selesa. Kami juga gemar dengan tambahan meja lipat yang lengkap dengan pemegang cawan. Kelengkapan ini ternyata berguna untuk kanak-kanak.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 09

Honda CR-V generasi terbaru ini dibangunkan untuk pemandu dan jalan raya Amerika, di mana berbadan besar dengan kebanyakan jalan rayanya lurus. Kualiti pemanduan pada CR-V terasa seperti sofa di atas roda. Tempat duduknya tidak memberi sokongan yang baik berbanding Tiguan atau X70 dan kemasan kulitnya terasa murah. Sistem kalis bunyinya kurang berkesan disebabkan ruang kabinnya yang agak lapang. Sebagai perbandingan, tahap kesenyapan kabin Honda CR-V adalah setaraf Honda City, dan ini membuatkan membuatkan CR-V kekurangan faktor selesa. Walaubagaimanapun, SUV ini paling praktikal di antara kesemua pencabarnya.

Prestasi pemanduan dan pengendalian

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 10

Dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan yang lebih cekap, Proton X70 kini memindahkan kuasa dengan lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Jumlah tork X70 kini adalah 300 Nm hasil tambahan 15 Nm pada generasi terbaru. Tahap kuasanya tetap sama pada 183 PS. Proton juga telah menyesuaikan kembali ciri-ciri pemindahan kuasa dengan tingkah laku pemandu yang sedikit agresif di Malaysia. Hasil naik taraf sistem suspensi, X70 tidak lagi terasa ‘membuang’ ketika mengambil selekoh tetapi tetap perlahan disebabkan beratnya.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 11

Volkswagen Tiguan adalah SUV yang lebih memfokuskan kepada pemandu berbanding dua pencabarnya. Tiguan dilengkapi dengan stereng yang lincah, ringan dan jitu. Dengan beratnya yang paling ringan, SUV ini lincah dan tangkas serta lebih menonjol ketika mengambil selekoh. Walaupun tidak sehebat kualiti pemanduan Mazda CX-5, Tiguan melangkaui tanggapan dengan prestasi di selekoh yang bagus. Sungguhpun begitu, kami masih merasakan Tiguan kekurangan kuasa kerana anjakan turbo tidak selaras dengan pecutan.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 12

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, Honda CR-V adalah SUV paling berkuasa kerana mempunyai kuasa-ke-berat yang baik tetapi sayangnya pengendalian CR-V merupakan titik kelemahannya yang paling besar. Mengendalikan CR-V terasa seperti mengendalikan kapal - terlalu lembut, beroleng-oleng dan lambat bertindak balas terhadap perubahan berat disebabkan sistem suspensi spesifikasi Amerika. Secara ringkasnya, anda mungkin tidak dapat merasai prestasi yang baik ketika mengambil selekoh.

Penggunaan bahan api

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 13

Proton mendakwa X70 menggunakan 7.6 liter / 100km dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan yang baru, memberikan peningkatan 13% berbanding penggunaan penukar tork 6-kelajuan pada model sebelumnya. Kotak gear baru 23 kilogram lebih ringan (75 kg berbanding 98 kg) dan dan ini juga datanya daripada penambahan gear 7 pada kotak transmisi yang baharu.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 14

Penggunaan Volkswagen Tiguan lebih baik pada 6.7 liter / 100km dalam keadaan pemanduan yang pelbagai. Dengan kapasiti tangki 60 liter, Tiguan dengan mudah menempuhi jarak lebih dari 800 km dengan sekali isian.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 15

Bagi Honda CR-V pula, penggunaan bahan api Honda CR-V yang didakwa sebanyak 7.0 liter / 100 km dalam pemanduan yang pelbagai ternyata benar. Hal ini kerana kami secara kebetulan berjaya mendapatkan hasil yang sama semasa ujian memandu kami. Dalam pemanduan dunia nyata, penggunaan bahan api CR-V setanding dengan Tiguan, jauh berbeza berbanding X70.

Aspek praktikaliti

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 16

Ruang petak pada Volkswagen Tiguan

Apabila semua tempat duduk ditegakkan, Volkswagen Tiguan memberikan ruang but terbesar dengan kapasiti 615 liter, diikuti oleh Honda CR-V dengan 522 liter dan yang terkecil adalah Proton X70 dengan 515 liter.

Namun sekiranya tempat duduk diturunkan pada Volkswagen Tiguan (walaupun tidak rata), anda akan mempunyai ruang but sebesar 1,655 liter dalam konfigurasi 40:20:40. Ruang but nya mudah dicapai kerana ketinggiannya agak rendah dengan bentuk segi empat yang praktikal. Terdapat juga beberapa titik pengikat untuk memastikan muatan tidak mudah bergerak.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 17

Penuh dengan cubby hole pada CR-V

Anda tidak salah sekiranya anda menganggap CR-V memiliki ruang but yang lebih besar kerana penampilannya yang panjang dan lebar. Namun jangan tertipu dengan rupanya kerana walaupun dengan tempat duduk kedua dibaringkan, anda hanya mendapat ruang sebanyak 1,084 liter. Jika dibandingkan dengan Tiguan, CR-V mempunyai lebih banyak cubby hole yang boleh dianggap lebih praktikal. Kabin juga terasa lebih luas disebabkan penutup pintu yang lebih nipis. Selain itu, tuas satu tarikan (one-pull lever) di luar dan dalam but membolehkan tempat duduk belakang mudah dilipat dan ditegakkan dengan nisbah 60:40.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 18

Kurang ruang dalam X70?

Kami tidak mempunyai data untuk kapasiti but belakang X70 secara keseluruhan dengan tempat duduk dibaringkan (nisbah 60:40 serupa dengan CR-V) tetapi ianya paling kecil berbanding Tiguan dan CR-V.. Tambahan pula, lantai but yang tinggi turut memakan ruang kargo dengan penutup tonneau yang terasa tipis. Disebabkan ramai pengguna memberi maklum balas mengenai but yang berat, Proton telah memasang fungsi pintu but terbuka automatik pada versi CKD. Sekiranya ruang dan praktikaliti merupakan aspek utama anda, X70 bukanlah pilihan pertama anda.

Keselamatan dan sistem infotainment

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 19

Honda CR-V mempunyai sistem infotainment yang terbaik. Dengan integrasi Android Auto dan Apple CarPlay pada skrin sesentuh 7-inci, terdapat juga maklumat navigasi yang lengkap seperti jarak dan isyarat untuk membelok. Kami sememangnya menggemari sistem infotainment CR-V yang seakan-akan BMW. Malangnya, kami sedikit kecewa dengan kualiti audio pada CR-V yang tidak begitu baik walaupun didatangkan dengan 8 pembesar suara. Hal ini tidak begitu mengejutkan kerana Honda agak terkenal dengan pembesar suara yang mengecewakan.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 20

Sistem infotainment yang menarik pada CR-V

Selain itu, Volkswagen Tiguan juga dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Skrin sesentuh ‘Discover Media’ 8-inci jelas dan beroperasi dengan lancar tetapi tidak mencapai tahap CR-V. 8 pembesar suara dengan fungsi bass dan nada mid-range yang hebat. Akhir sekali, Tiguan mempunyai kualiti suara terbaik berbanding dengan X70 dan CR-V

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 21

Sistem infotainment Tiguan masih elok

Kualiti pertukangan kalis bunyi dalam kabin Tiguan yang luas ini sangatlah baik sehingga membantu meningkatkan kualiti bunyi dalam kabin tersebut. Sekiranya anda seorang penggemar audio yang cerewet, anda boleh memilih pakej ‘Sound & Style’ dengan tambahan bar audio HELIO 300W.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 22

GKUI pada X70

Sistem infotainment Proton terdiri daripada GKUI yang dibangunkan Geely yang berasaskan Android 4.4. Oleh kerana sistem ini dibangunkan dari China, tiada fungsi Apple CarPlay atau Android Auto. Ini juga bermakna tiada aplikasi seperti Google Maps, Waze, Spotify. Walaubagaimanapun, GKUI datang dengan aplikasinya yang tersendiri seperti Baidu Maps untuk navigasi dan khidmat penstriman muzik Joox. Fungsi ‘Hi Proton’ memang menarik namun ianya tidak lebih daripada gimik pemasaran di mana kawalan butang yang manual jauh lebih mudah. Lebih baik sekiranya fungsi ‘Hi Proton’ ditukarkan dengan fungsi Apple CarPlay atau Android Auto. Kualiti bunyinya agak baik, namun kualiti bunyi pada Tiguan jauh lebih baik.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 23

Bagi ciri-ciri keselamatan pula, Proton X70 dilengkapi dengan standard 6 beg udara, kawalan kestabilan dan cengkaman, penahan brek automatik, isyarat berhenti kecemasan, dan bantuan penahan bukit. Selain itu, X70 juga dilengkapi dengan senarai Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (Advanced Driver Assistance System) yang komprehensif seperti:

  •  Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Braking)

  •  Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)

  •  Kawalan Pemanduan Bersesuaian (Adaptive Cruise Control)

  •  Amaran Pertukaran Lorong (Lane Departure Warning)

  •  Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System)

  •  Kawalan Lampu Tinggi Pintar (Intelligent High Beam Control)

X70 tidak mempunyai Bantuan Panduan Lorong (Lane Keeping Assist) manakala fungsi Kawalan Pemanduan (atau dikenali dengan fungsi Low-Speed Follow di CR-V) kurang memuaskan dalam menangani trafik start-stop dalam bandar.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 24

Honda CR-V mempunyai jumlah beg udara dan ciri keselamatan yang sama dengan Proton X70, dengan ciri tambahan Honda Sensing seperti Lane Keep Assist (LKA), Road Departure Mitigation (RDM), Low Speed Follow (LSF) dan kamera Lane Watch. Seperti yang anda perhatikan, CR-V tidak memiliki Blind Spot Monitor tetapi kami merasakan fungsi kamera Lane Watch jauh lebih baik berbanding sistem Blind Spot Monitor.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 25

Malangnya bagi Tiguan pula, tiada sebarang teknologi bantuan pemandu yang ditawarkan. Namun begitu, ciri keselamatan standardnya masih mencukupi dengan 6 beg udara, Sistem Amaran Pemandu (Driver Alert System), Kawalan Kestabilan Elektronik (Electric Stability Control), ABS dengan bantuan brek, brek multi-collision dan ISOFIX.

Konklusinya

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 26

Ternyata sukar untuk menggugat tawaran Proton dengan harga mampu miliknya. Tawaran tersebut meliputi aspek keselamatan dan pemanduan yang terbaharu dalam pasaran, dijana dengan enjin yang berkuasa dan transmisi yang ditambah baik serta reka bentuk yang kemas bergaya.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 27

Namun kekurangan X70 adalah beratnya yang bukan sahaja meningkatkan penggunaan bahan api malahan juga pengendaliannya yang juga terkesan walaupun ianya sedikit ringan berbanding model CBU. Sistem head-unit nya juga masih kekok untuk digunakan. Tambahan pula, masih terlalu awal untuk kita menyimpulkan keandalan X70 dalam jangka masa panjang.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 28

Honda CR-V pula telah ternyata terbukti lebih andal dan praktikal. Sekiranya anda mencari kenderaan yang selesa dengan penggunaan bahan api yang baik, CR-V pastinya menjadi pilihan utama. Ia juga mempunyai sistem infotainment mantap yang serasi dengan fungsi Android Auto / Apple CarPlay.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 29

Kekurangannya pula adalah kawalan pada selekoh disamping kualiti  kalis bunyi yang setaraf Honda City sahaja.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 30

Sementara itu, Volkswagen Tiguan masih layak untuk dipertimbangkan walaupun merupakan sebuah produk lama. Kualiti dalaman yang luar biasa memberikan keseimbangan yang baik dari segi sporty dan praktikaliti.

Proton X70 vs Honda CR-V vs Volkswagen Tiguan - 3 SUV mantap berentap dalam segmen C! 31

Namun, kekurangannya dari aspek keselamatan, atau lebih spesifik lagi pada aspek teknologi sistem Bantuan Pemanduan. Tambahan pula, Tiguan masih kekurangan kuasa berbanding pencabar yang lain.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Proton X70 1.8 Standard 2WD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars