Pusat 3S Honda baharu dibuka di Shah Alam!

Mersita · Jul 15, 2020 11:30 AM

Berita baik untuk orang Shah Alam dan sekitarnya! Honda Malaysia telah membuka Pusat 3S Honda terbaru di Seksyen U6 Shah Alam, Selangor. Dimiliki oleh Elmina Motors, Pusat 3S Honda ini dibuka untuk memudahkan pemilik Honda untuk mendapatkan perkhidmatan selepas-jualan serta pembeli yang berminat untuk memiliki Honda baru.

Sumber: FB Elmina Motors 3S Center

Pelanggan yang berminat boleh berkunjung ke Pusat 3S Honda ini untuk memandu uji model-model terkini dari Honda seperti Honda Civic, Honda BR-V facelift dan Honda Accord.

Pusat 3S Honda ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan pengunjung. Dengan kos pembinaan RM21.8 juta, Pusat 3S ini mempunyai ruang servis pelbagai yang dijangka boleh menampung permintaan dan kapasiti dengan efisien – kira-kira 30 buah kereta sehari.

Mereka juga menyediakan kemudahan ‘one-stop’ bagi pengguna kenderaan mereka dimana perkhidmatan tambahan seperti servis cuci kereta, pembaharuan cukai jalan dan polisi insurans juga ditawarkan.

Warga Shah Alam, apa lagi? Jom berkunjung ke Elmina Motors di Kampung Baru Subang, Seksyen U6 Shah Alam. Untuk sebarang info lanjut, sila lawati laman sesawang Honda Malaysia rasmi atau lawati laman Facebook mereka Honda Elmina Motors 3S Center untuk makluman terkini.

Comments