Ringkasan: Nissan Serena S-Hybrid, akhirnya, MPV keluarga yang berbaloi

Mersita · Jun 11, 2020 11:44 AM

(Spesifikasi dan Harga Nissan Serena S-Hybrid 2019 | Galeri)

Rasanya semua mak ayah boleh setuju dengan hal ini – suruh anak masuk dalam kereta kadang-kadang macam berperang. Dengan barang yang banyak dan tentera-tentera kecil mengheret mainan, ramai yang mahukan pintu gelangsar (sliding door) kerana ia sangat memudahkan dan berguna.

Nissan Serena S-Hybrid adalah satu-satunya MPV bawah RM 150 ribu yang menawarkan ciri ini.

Betul ke? Berapa harga sebenarnya?

Dua varian Nissan Serena S-Hybrid boleh didapati di Malaysia iaitu 2.0 Highway Star (dari RM 131,888) dan 2.0 Premium Highway Star (dari RM 141,888). Jika anda nak varian dua-tona, anda perlu tambah RM 143,888 dengan harga jualan.

Nissan Serena S-Hybrid ini tergolong dalam segmen yang sama dengan Mazda Biante, tapi produksi Biante sudah dihentikan. MPV lain yang boleh dibandingkan dengan Serena ialah Toyota Innova, tapi Innova pula tiada pintu gelangsar seperti Serena.

Tambahan pula, generasi terkini Nissan Serena telah memenuhi satu kekurangan besar dari model sebelumnya – iaitu jumlah beg udara.

Generasi sebelumnya iaitu C26 dipasang dengan hanya 2 beg udara, satu jumlah yang tak berapa sesuai untuk MPV keluarga.

Peralatan lain termasuklah head unit berskrin sentuh Clarion 6.75 inci berserta Android Auto dan Apple CarPlay, skrin paparan berwarna pelbagai info bersaiz 7 inci, 7 port USB, 6 beg udara, Intelligent Around View Monitor (i-AVM), dan juga Intelligent Moving Object Detection (i-MOD).

Yang paling penting, perkara yang membezakan Serena dengan Innova ialah pintu gelangsar berkuasa pada kedua-dua belah kereta.

Varian 2.0 Premium Highway Star yang lebih mahal sedikit ditambah dengan perakam video pemanduan (DVR), panel LCD 10.1 inci yang dipasang pada siling kereta, lapik tray ‘tech-on’, lampu kabin LED, dan rim aloi 16 inci dwi-tona.

Kelebihan & kekurangan

Satu lagi kelebihan Nissan Serena berbanding Toyota Innova adalah tahap keselesaan semasa dipandu.

Dengan badan kereta yang lebih tinggi, MPV ‘truck-based’ seperti Toyota Innova cenderung kepada gegaran semasa memandu diatas jalan kurang rata. Tetapi dengan Serena, Nissan menggunakan pembinaan “monocoque” untuk memberi pengalaman pemanduan yang selesa dan bukan seperti trak.

Lebih-lebih lagi, pemanduan Serena yang menyelusur dengan rendah bermaksud memandu keluar dan masuk lorong jalanraya lebih senang berbanding MPV lain.

Hal yang membuatkan Serena lebih praktikal adalah pintu belakang dua pintunya, satu-satunya MPV yang ada ciri ini. Pintu belakang dua pintu ini memudahkan pengguna untuk mengeluarkan dan memasukkan barang di belakang kereta mengikut kesesuaian.

Dengan 7 port pengecas USB, Nissan Serena amat berguna untuk keluarga yang punyai macam-macam gajet. Nanti iPad habis bateri ada pula yang menangis sepanjang perjalanan kan?

Walaupun aspek keselamatan dalam Serena telah banyak peningkatan berbanding model sebelumnya, kami ingin melihat penambahan ADAS pada MPV ini. Banyak kereta yang lebih murah sudah didatangkan dengan ADAS.

Walaupun Nissan Serena dipasarkan sebagai MPV keluarga 7 tempat duduk, barisan tempat duduk ketiga lebih sesuai untuk 2 orang duduk berbanding 3 kerana ruang yang agak sempit.

Apa lagi alternatif lain yang ada?

 

Comments