Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya

Mersita · Jul 10, 2020 12:30 AM

(Harga dan Spesifikasi Subaru XV 2019 | Galeri)

Ini ialah Subaru XV generasi kedua yang serba baru, satu model yang diperkenalkan di Malaysia pada hujung tahun 2017 yang lepas.

Sama seperti model-model Subaru yang lain, Subaru XV serba baru ini dibina di atas Subaru Global Platform (SGP). Model-model lain yang dibina di atas SGP termasuklah Forester, Impreza, Legacy, dan Outback.

Berapakah harganya?

Subaru XV berharga dari RM 117,788 bagi varian 2.0i, manakala varian 2.0i-P yang ‘atas’ sedikit dijual pada harga RM 124,788. Subaru juga ada Subaru XV yang diberi pelbagai kit dipanggil GT Edition 2.0i-P, yang dijual dengan harga RM 130,788.

Perbezaan spesifikasi bagi setiap varian

Rajah di bawah adalah perbandingan spesifikasi bagi setiap varian Subaru XV.

Kebaikan dan Keburukan

Sama seperti mana-mana model Subaru (melainkan BRZ), Subaru XV dilengkapi dengan sistem Symmetrical All-Wheel Drive milik Subaru.

Tambahan pula, ruang dalaman Subaru XV agak selesa dan kemas memandangkan ia diberi perincian perak gelap untuk meningkatkan lagi suasana kabinnya. Jahitan jingga juga memberinya imej yang lebih ‘sporty’ dan bertenaga.

Keselesaan kabin belakang juga patut dipuji, kerana Subaru Global Platform (SGP) baru yang digunakan Subaru XV telah membolehkan jurutera Subaru untuk menyediakan ruang kaki dan lutut yang mencukupi di tempat duduk belakang. Ketinggian pemanduan yang lebih tinggi juga bermaksud pergerakan keluar dan masuk kereta lebih mudah berbanding kenderaan rendah.

Seperti yang dimaklumkan tadi, Subaru XV diberi sistem infotainmen dengan skrin sentuh 8 inci. Walaupun paparannya besar dengan teks dan ikon yang tajam, sistem ini tiada Android Auto dan Apple CarPlay; rungutan paling utama bagi kami.

Kamera EyeSight Subaru Forester

Satu lagi rungutan kami dengan Subaru XV adalah ketiadaan perincian EyeSight Advanced Driver Assistance System (ADAS) – sesuatu yang pesaing lain sudah tawarkan.

Memandangkan ia model ‘all-wheel drive’ yang tetap, penggunaan minyak dan kos jagaan / ‘maintenance’ juga lebih tinggi berbanding pesaingnya yang 2WD.

Apakah pilihan lain yang ada?

 

Comments