Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini.

Mersita · Oct 19, 2020 09:00 PM

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 01

Masa pasang niat beli kereta, selalunya orang akan buat kajian tentang model yang mana satu paling menepati citarasa, kehendak dan keperluan masing-masing. Tapi, bila tiba masanya untuk memilih warna, ada yang buntu – “Warna kereta apa yang paling bagus dan boleh kekalkan nilai jualan semula yang tinggi?”

Ada yang main pilih saja ikut kehendak hati dan citarasa, tiada salahnya. Tapi, bagi yang berfikir jauh kedepan sedikit, ada pilihan warna yang memainkan peranan penting. Pilihan warna yang tepat mampu mengekalkan nilai jualan semula kereta yang tinggi. Bagi yang fikirkan praktikaliti dan bukan personaliti semata-mata, kami ingin jelaskan tentang tiga warna kereta yang paling popular dikalangan pemilik kereta baru di Asia Tenggara – hitam, putih, dan kelabu.

1. Hitam – eksklusif dan bergaya

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 01

Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat cat dan salutan terkenal, AkzoNobel, majoriti daripada responden memilih warna hitam sebagai warna kegemaran mereka. Perkara ini boleh kita kaitkan dengan ciri-ciri / persepsi umum terhadap warna ini – dimana ia menggambarkan kuasa, aspirasi, dan kekayaan. Ia juga warna yang tampak bergaya dan mewah. Cuba lihat jenama-jenama terkenal yang melambangkan kemewahan dan ‘exclusivity’ – kebanyakannya menggunakan warna hitam dalam penjenamaan mereka.

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 02

PROTON melancarkan Proton Saga Edisi Ulangtahun juga memilih warna hitam sebagai warna eksklusif bagi Saga edisi terhad mereka

Dari segi praktikaliti pula, ramai yang memilih warna hitam kerana ia boleh menyelindungi kekotoran kereta. Dengan cuaca tropikal di Malaysia, mencuci kereta dianggap seperti ‘ritual panggil hujan’. Pastinya, kereta hitam paling tidak ketara jika ada kesan kekotoran di badannya.

2. Putih – elegan dan sejuk

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 03

Warna kedua yang AkzoNobel dapati paling popular dikalangan pembeli ialah warna putih. Walaupun ia bercanggah dengan praktikaliti warna hitam dari segi kekotoran, warna putih menjadi antara warna paling popular kerana ia tampak kemas dan elegan.

Dari segi praktikaliti pula, permukaan berwarna putih mampu memantulkan cahaya dan haba dengan lebih baik berbanding kereta berwarna gelap. Oleh itu, secara teorinya, ruang kabin kereta berwarna putih tidaklah terasa sebegitu panas setelah berjemur sepanjang hari berbanding kereta berwarna hitam.

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 04

Kereta putih juga boleh tampil sangat 'sporty' pada apa saiz sekalipun

Tambahan pula, warna kereta yang digemari ramai mempunyai nilai jualan semula yang lebih tinggi di pasaran terpakai. Oleh itu, tak rugilah jika kita berfikiran jauh tentang pilihan warna kereta semasa membuat tempahan.

3. Kelabu – ‘low profile’ dan kemas

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 05

Kelabu dianggap sebagai warna selamat. Bagi yang kurang gemar warna kereta hitam atau putih sepenuhnya, kelabu juga memberikan aura kemewahan dan elegan pada masa yang sama. Ia juga tidak begitu mudah dikesan di jalanraya kerana warnanya yang sebati dengan keadaan sekeliling jalanraya.

Sebelum pilih warna kereta baru, anda wajib tahu perkara ini. 06

Kelabu tampak cantik dengan pelbagai kemasan seperti matte atau glossy matte. Sumber gambar: bimmertoday.de

Tambahan pula, kesan calar pada kereta berwarna kelabu kurang ketara jika dibandingkan dengan warna-warna lain. Oleh itu, kecacatan lebih mudah untuk disamarkan dan kereta kekal ‘flawless’ lebih lama berbanding warna lain.

Kesimpulan

Semakin lama, semakin banyak warna-warna baru yang ditawarkan oleh pembuat-pembuat kereta dan yang pastinya – pilihan warna juga mengikut arus trend terkini. Tapi, bak kata orang; trend datang dan berlalu pergi, tapi gaya kekal selamanya. Warna yang tak lapuk dek usia seperti hitam, putih dan kelabu akan kekal sebagai warna pilihan dari dahulu, kini dan mungkin selamanya.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Trending Discussion

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars

Related Used Car

2019 Honda CITY S 1.5
2019 Honda CITY S 1.5
RM 63,600TBC

RM 64900

19,399 km

2.5 years

Kuala Lumpur

2016 Honda CR-V I-VTEC 2.0
2016 Honda CR-V I-VTEC 2.0
RM 81,100TBC

RM 82800

78,673 km

5 years

Masai

2015 Honda HR-V S 1.8
2015 Honda HR-V S 1.8
RM 67,200TBC

RM 68600

117,460 km

6.5 years

Kuala Lumpur