Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga

Haris · Jun 15, 2020 08:00 AM

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 01

Seiring dengan pengumuman insentif PENJANA daripada Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan potongan cukai jalan sebanyak 100% bagi kereta yang dipasang tempatan (CKD) dan 50% bagi kereta import (CBU), beberapa jenama telah pun mengemas kini harga kereta mereka.

Harga baharu tersebut berkuatkuasa bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Di samping itu, segelintir pihak pengeluar turut menawarkan pelbagai promosi di atas potongan cukai jualan yang diberikan. Ini bermakna anda bakal menerima lebih nilai bagi wang anda.

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berikut adalah jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga kereta mereka.

BMW - potongan sehingga RM31,000

Honda - potongan sehingga RM9,000

Lexus - potongan sehingga RM47,000

Mazda - potongan sehingga RM17,000

Mercedes-Benz - potongan sehingga RM31,000

MINI - potongan sehingga RM14,000

Mitsubishi - potongan sehingga RM8,154

Nissan - potongan sehingga RM18,000

Naza (Kia, Peugeot, Citroen dan DS) - potongan sehingga RM14,000

Toyota - potongan beserta diskaun untuk model terpilih

Renault - potongan sehingga RM11,700

Perodua - potongan sebanyak 3% - 6%

Porsche - potongan sehingga RM47,000

Proton - potongan sehingga RM7,000

Volvo - potongan sehingga RM17,968

Volkswagen - potongan sehingga RM9,000

*(senarai sentiasa dikemaskini)

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 01

Tujuan bagi pengumuman insentif potongan cukai jualan ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi yang telah terjejas teruk ekoran wabak pandemik Covid-19. Kebanyakan jenama kereta mengalu-alukan tawaran ini dan menyokong usaha kerajaan dalam memacu semula industri automotif negara.

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga 02

Selain itu, kepada mereka yang berniat untuk menggunakan peluang ini untuk membeli trak pikap, dukacita dimaklumkan bahawa trak pikap tidak mendapat potongan cukai jualan. Namun sebelum anda bersedih, diskaun atau promosi mungkin ditawarkan oleh pihak pengeluar sendiri (contohnya Toyota, Isuzu) bagi memastikan peminat trak pikap tidak ketinggalan dalam tawaran keemasan ini.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars