Skim pembiayaan beli kenderaan oleh Bank Rakyat – 0% bayaran pendahuluan!

Mersita · Aug 13, 2020 11:50 AM

Berita baik untuk mereka yang berhasrat nak beli kereta! Sehingga 30 September 2020, Bank Rakyat menawarkan skim pinjaman menarik berdasarkan prinsip pembiayaan Islamik yang dikategorikan di bawah skim An-Naqlu 1 dan An-Naqlu 2.

An-Naqlu 1 menawarkan 90 peratus pembiayaan dan ia mengikut konsep Syariah Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB).

Manakala bagi skim dibawah An-Naqlu 2 pula, pinjaman boleh dibuat sehingga 100% dimana anda tidak perlu membayar wang pendahuluan untuk memiliki kereta idaman anda!

Yang pastinya, kadar bunga bagi kedua-dua skim pinjaman ini berbeza seperti rajah dibawah;

Sumber: Bank Rakyat

Skim pertama ini amat sesuai bagi warga emas. Mereka yang berminat untuk mendapatkan skim pembiayaan ini haruslah memastikan mereka masih berumur 65 tahun pada penghujung tempoh pembiayaan tersebut dan mereka perlu memindahkan wang pencen mereka ke akaun simpanan Bank Rakyat.

Manakala, bagi skim kedua iaitu An-Naqlu 2, pembeli kereta berumur antara 18 hingga 60 tahun boleh membeli kereta tanpa wang pendahuluan melalui pinjaman sehingga 100%.

Sumber: Bank Rakyat

Skim pembiayaan ini juga merangkumi skim istimewa dipanggil Skim Graduan yang menawarkan pilihan bebas bayaran pendahuluan bagi graduan berumur antara 20 hingga 30 tahun. Graduan tersebut haruslah sekurang-kurangnya pemegang diploma dan sudah bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan.

Bagi mereka yang buat masa ini belum lagi mencapai tempoh bekerja 3 bulan, skim ini akan memerlukan seorang guarantor untuk proses kelulusannya.

Promosi istimewa di bawah kempen ‘BR Malaysia 2.0’ ini sah sehingga 30 September 2020. Skim ini merangkumi kereta nasional dan bukan nasional dengan kadar bunga berbeza. Dapatkan senarai harga kereta Perodua tanpa SST (sehingga 31 Disember 2020) di sini atau senarai kereta CKD yang berbaloi untuk dibeli pada musim pelepasan cukai di sini.

Untuk dapatkan info lebih lanjut, kunjungi/hubungi mana-mana pengedar yang sah atau mana-mana cawangan atau pusat Bank Rakyat Auto Financing Care. Anda juga boleh layari laman sesawang Bank Rakyat.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by

Latest Cars