window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Solat di lorong kecemasan, ibadah atau padah?

Haris · Aug 3, 2020 12:00 PM

Solat di lorong kecemasan, ibadah atau padah? 01

Tular baru-baru ini apabila beberapa keping foto dikongsi di laman media sosial mengenai beberapa pengguna jalan raya yang solat di lorong kecemasan. Hantaran tersebut telah menerbitkan keinsafan di dalam nurani umat Islam Malaysia yang menunjukkan keindahan Islam.

Namun, benarkah solat di lorong kecemasan adalah ibadah? Sebelum itu, respons terhadap aktiviti tersebut adalah bercampur. Hal ini kerana, aktiviti solat di lebuh raya ini biasa dilihat di luar negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam sebuah hantaran di Instagram, seorang selebriti yang tidak asing lagi dalam memberikan komen-komen membina, Caprice, seperti biasa memberikan pendapat beliau mengenai isu ini. 

“Sebenarnya, isu ini tak perlu kecoh pun. Di luar negara amalan solat di tepi jalan dan tengah jalan adalah perkara biasa. Bila orang nampak orang solat, mereka akan hormat.” begitulah perbahasan beliau.

Hantaran beliau ternyata disokong oleh pelbagai pihak. Apatah lagi apabila memetik ciapan daripada twitter @jentikhati yang mengetengahkan penjagaan hubungan dengan Allah adalah suatu keindahan. 

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan LPT1 iaitu Anih Berhad telah mengeluarkan kenyataan melarang amalan solat di lorong kecemasan ini.

“Kami sangat menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya KLK dan juga ketaatan umat Islam untuk menunaikan solat mereka ketika melakukan perjalanan ke Pantai Timur, pada setiap musim perayaan dan cuti umum.

“Namun, kami sebagai pengendali Lebuhraya KLK, juga meminta kesabaran dan kewajaran dari pengguna jalan raya agar tidak menunaikan solat di jalan raya terutamanya pada lorong kecemasan, atas faktor keselamatan.” kata mereka dalam satu kenyataan.

Solat di lorong kecemasan, ibadah atau padah? 01

Bukan itu sahaja, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman turut memberikan pandangan beliau terhadap isu ini. Ujar beliau, "Melakukan sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.".

Tambah beliau lagi, "Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyawa (hifz al-nafs).

"Begitu juga dalam situasi ini, jika membahayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak," kata beliau ketika dihubungi Harian Metro.

“Jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.”

"Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.”

"Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing," katanya.

Ramai juga yang menyempitkan istilah kecemasan dalam konteks laluan ambulans sahaja. Sebenarnya, terdapat pelbagai kecemasan yang mungkin berlaku di atas lebuh raya seperti kenderaan yang hilang kawalan secara tiba-tiba ataupun pekerja lebuh raya yang sedang melakukan tugas seperti di bawah.

Oleh hal yang demikian, adakah hal ini bermakna sebarang isu kecemasan harus menghormati orang yang sedang bersolat? Bagi kami, soalan ini telah dijawab dengan jelas oleh ahli yang pakar dalam isu ini. Di bawah ini adalah sebuah hantaran Instagram sebagai renungan kita bersama.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Get a deal on your trade in within 24 hours!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Not trading-in?   Sell your car