Subaru XV: Jangan lupakan SUV ini dalam senarai anda!

Haris · Jun 25, 2020 03:01 PM

Subaru XV

Subaru memang sangat terkenal dalam kalangan peminat kereta. Pengguna biasa, mungkin akan berfikir 2-3 kali sebelum menamakan sebarang model Subaru. Dengan tahap popularitinya sekarang, mampukah Subaru menjadi pesaing utama SUV dalam pasaran yang padat?

Memperkenalkan Subaru XV. Subaru XV generasi ke 2 serba baru ini dilancarkan di Malaysia pada lewat tahun 2017.

Seperti kebanyakan model Subaru yang lain, Subaru XV dibina di atas platform Subaru Global Platform (SGP) yang turut digunakan pada model Forester, Impreza, Legacy dan Outback.

Tiga varian yang hadir adalah varian 2.0i berharga RM117,788 dan varian 2.0i-P berharga RM124,788. Subaru turut menawarkan varian dengan tambahan body kit yang dipanggil 2.0i-P GT Edition dengan harga RM 130,788,

Perbezaan dalam setiap varian

Berikut adalah pecahan bagi perbezaan kelengkapan untuk setiap varian:

Kelebihan dan kekurangan

Subaru XV dilengkapi dengan sistem Subaru Symmetrical All-Wheel Drive.

Rekaan dalaman Subaru pula agak kemas. Dengan kemasan keseluruhan dalam dua tona hitam dan perak, Subaru turut menggunakan jahitan berwarna oren yang kontras bagi menonjolkan lagi ciri sporty.

Keselesaan dalam kabin belakang juga penting. Subaru Global Platform (SGP) membolehkan jurutera Subaru untuk memberi ruang kaki belakang dengan ruang lutut yang mencukupi. Jarak kelegaan tanah yang tinggi juga memudahkan proses keluar masuk ke dalam kereta.

Subaru XV dilengkapi dengan sistem infotainment 8.0 inci skrin sesentuh. Bacaan teks dan ikon cukup jelas namun sayangnya tiada fungsi Android Auto atau Apple CarPlay. Ketiadaan fungsi tersebut menjadi keluhan terbesar bagi kami.

Lagi satu, Subaru XV tidak dilengkapi dengan fungsi EyeSight Advanced Driver Assistance System (ADAS). Semua pesaing Subaru XV mempunyai fungsi ini.

Selain itu, sistem All-Wheel Drive bermakna anda bakal dibebani dengan kadar penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Alternatif lain?

Comments