Syiar Islam di Jerman: Solat sunat Aidilfitri di IKEA Weltzer

Haris · May 29, 2020 08:00 PM

Syiar Islam di Jerman: Solat sunat Aidilfitri di IKEA Weltzer 01

Pada hujung minggu yang lalu, perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut di seluruh dunia. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap meriah walaupun terdapat beberapa kekangan disebabkan langkah berjaga-jaga dengan wabak Covid-19.

Keperluan untuk menjaga jarak sosial semasa wabak pandemik Covid-19 adalah penting. Namun begitu, ibadah seperti solat sunat Aidilfitri memerlukan sedikit penyelesaian kreatif. Bagi umat Islam di Jerman, mereka melaksanakan ibadah solat sunat Aidilfitri ini di tempat letak kereta Ikea kerana ruangnya yang luas.

Syiar Islam di Jerman: Solat sunat Aidilfitri di IKEA Weltzer 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Antara kluster terbesar wabak Covid-19 di Malaysia adalah ketika satu perhimpunan keagamaan diadakan. Seramai 20,000 telah menghadiri perhimpunan tersebut menjadikannya sebuah tragedi untuk kita belajar dari kesilapan.

Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga, Komuniti Islam Millî Görüş (The Islamic Community Milli Gorus) telah meminta kebenaran dari IKEA di Weltzer untuk menggunakan tempat letak kereta mereka bagi menunaikan ibadah solat sunat Aidilfitri.

Syiar Islam di Jerman: Solat sunat Aidilfitri di IKEA Weltzer 01

Seramai 20,000 orang telah menghadiri perhimpunan, dan dari acara tersebut tercetusnya penyebaran Covid-19 secara meluas di Malaysia. Ini menjadikannya sebagai sebuah tragedi untuk kita belajar dari kesilapan.

Beberapa keping gambar umat Islam yang melakukan solat sunat Aidilfitri dengan jarak sosial tersebut telah diambil menggunakan dron. Pihak Komuniti Islam Millî Görüş turut menyiarkan gambar tersebut di laman Facebook mereka sambil menghargai semua pihak yang terbabit dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Syiar Islam di Jerman: Solat sunat Aidilfitri di IKEA Weltzer 02

Ini bukanlah kali pertama tempat letak kereta digunakan untuk kegunaan awam dalam mematuhi garis panduan penjarakan sosial. Lain pula kisahnya di Saudi, di mana tempat letak kereta telah dijadikan sebagai wayang pandu lalu.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Latest Cars