Tahukah anda, harga Toyota RAV4 sebelum cukai lebih murah berbanding Honda CR-V?

Haris · Jun 16, 2020 12:13 AM

Toyota RAV4

Seperti yang kita ketahui, UMW Toyota Motor telah mengumumkan harga untuk Toyota RAV4 2020 serba baru dengan tanda harga antara RM203,880 untuk varian 2.0L dan RM223,880 untuk varian 2.5L (lihat pengumuman diskaun sementara yang menjadikan harganya sebanyak RM196,436 dan RM215,665).

Walaupun selepas diskaun, harga tersebut jauh lebih mahal dari pesaingnya iaitu Honda CR-V dan Mazda CX-5, yang berharga RM175,900 dan RM181,660. Harga RM181,660 tersebut adalah untuk Mazda CX-5 varian Turbo dengan 230 PS / 420 Nm tork.

Oleh disebabkan itu, Malaysia mempunyai situasi yang unik di mana Toyota RAV4 berharga RM10,000 lebih rendah daripada model entry level Lexus UX 200 dan BMW X1.

Lebih menarik lagi adalah bagi pembeli di kawasan bebas cukai Langkawi dan Labuan. Di sana, Toyota RAV4 (RM125,969 - 130,207) sebenarnya lebih murah daripada Honda CR-V (RM117,300 - RM 138,500) sekitar RM 8,000 lebih murah dengan kelengkapan yang sama.

Jadi bagaimana Toyota RAV4 boleh tiba di Pelabuhan Klang lebih murah daripada Honda CR-V yang dipasang di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka tetapi akhirnya berharga jauh lebih tinggi apabila tiba di bilik pameran Toyota?

Toyota RAV4 diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Hal ini bermakna, Toyota RAV4 dikenakan segala macam cukai import selagi boleh. Ditambah pula dengan struktur cukai Malaysia yang masih berasaskan sesaran (cc) enjin, enjin 2.0 liter dan 2.5 liter NA Toyota RAV4 menambahkan lagi pedih kepada luka yang disebabkan harganya.

Di tempat lain, Toyota RAV4 dijual sebagai hibrid 2.5 liter dengan kadar pelepasan C02 yang rendah. Di Eropah, Toyota RAV4 hanya ditawarkan dengan enjin hibrid 2.5 liter kerana di sana, kereta dikenakan cukai berdasarkan kadar pelepasan CO2 dan bukannya berdasarkan sesaran (cc) enjin. Beginilah cara yang terbaik untuk mengira cukai.

Honda CR-V yang dipasang secara tempatan juga perlu membayar cukai eksais tetapi pada kadar yang lebih rendah - bukan hanya kerana kapasiti enjinnya yang lebih rendah (1.5 liter, turbocharged). Potongan tersebut adalah berdasarkan nilai sumber tempatan yang digunakan / pelaburan setempat yang dibuat.

Harga Toyota RAV4 boleh menjadi lebih tinggi jika terdapat duti import 30%. Nasib baik RAV4 dikecualikan dari duti import tersebut kerana Perjanjian Perdagangan Bebas Jepun-Malaysia.

Toyota RAV4 tidak dapat dilancarkan lebih awal kerana dokumen syarat pengecualian cukai yang diperlukan sangat rumit untuk disiapkan. Bayangkan anda perlu menyenaraikan negara asal dengan Certificate of Origin untuk setiap bahagian. Tugasan ini memang melecehkan.

Dengan kata lain, alasan harga Toyota RAV4 yang tinggi adalah disebabkan oleh cukai eksais, duti import dengan kadar pertukaran matawang asing yang turut memainkan peranan. Harus diingatkan bahawa kadar pertukaran matawang MYR - USD sekarang tidaklah sekuat dahulu.

Punca harga sebenar Toyota RAV4 yang lebih rendah

Secara mudahnya, lebih murah untuk menghasilkan kereta di kilang yang lebih efisien dalam kuantiti yang banyak.

Jika dilihat dari sudut tempatan, sebenarnya menghasilkan kereta secara tempatan kurang menguntungkan disebabkan kuantiti yang sedikit. Kuantiti yang banyak bolehlah dikira sekitar 200,000 unit setahun. Kuantiti ini sukar dicapai oleh kilang tempatan.

Disebabkan langkah ‘protectionism’, semakin aneh apabila pengeluar yang mampu menawarkan kereta yang murah dan berkualiti ‘didenda’ dengan cukai yang tinggi.

Inilah yang berlaku terhadap Toyota RAV4. Kilang di Jepun (Toyota RAV4) berjaya mengurangkan kos berbanding kilang tempatan (Honda CR-V) namun masih dikenakan cukai yang tinggi.

Mungkinkah tiada lagi sinar harapan untuk rakyat Malaysia menikmati barangan berkualiti tinggi pada harga mampu milik? Adakah anda merasakan langkah ini wajar?

Comments