Toyota Corolla Cross, dilancarkan 9 Julai!

Haris · Jul 7, 2020 05:00 PM

Toyota Corolla Cross

Kami baru sahaja melaporkan imej acah Toyota Corolla Cross. Nampaknya, Toyota telah mengesahkan tarikh pelancaran untuk Toyota Corolla Cross ini.

Pada Khamis 9 Julai ini,Toyota akan melancarkan Toyota Corolla Cross secara global. Acara tersebut akan berlangsung secara atas talian sahaja.

Toyota Corolla Cross adalah sebuah SUV segmen C yang dibangunkan di atas platform TNGA-C dengan sistem suspensi Torsion Beam. Kedua-dua ciri ini penting kerana ciri tersebut menentukan harganya yang dijangka lebih murah berbanding Toyota C-HR.

Toyota dijangka akan menggunakan spesifikasi enjin yang sama dengan Toyota C-HR. Enjin 4 silinder 1.8 liter 2ZR-FBE petrol (140 PS, 171 Nm) dan enjin hibrid 1.8-liter 2ZR-FXE petrol - elektrik (122 PS) menjadi pilihan untuk Toyota Corolla Cross.

Pasaran SUV segmen C adalah sebuah pasaran yang padat dengan saingan seperti Proton X70, Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Nissan Kicks.

Comments