Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia!

Haris · Jun 22, 2020 04:18 PM

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 01

Kebanyakan peminat scene drift di Malaysia dan antarabangsa pasti kenal dengan Tengku Djan Ley. Beliau yang terkenal dengan jolokan nama Prince of Drift di Malaysia telahpun tampil dalam beberapa siri D1 Grand Prix, Formula Drift Asia and D1GP China.

Tahun ini, Tengku Djan akan mengambil bahagian dalam Grand Prix D1 musim 2020 di bawah pasukan Evangelion Racing. Taruhan beliau adalah Toyota GR Supra dengan 1,100 PS kuasa kuda V8.

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 02

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 03

Toyota GR Supra tersebut dilengkapi dengan enjin petrol 4.4 liter V8 3UZ-FE yang diambil dari Lexus GS 430 / LS 430 dengan penjana turbo oleh Garret G42.

Pada tekanan boost maksimum sebanyak 2.25 bar, Toyota GR Supra tersebut akan mempunyai 1,100 PS kuasa kuda dan 1,078 Nm tork. Sistem pemindahan kuasanya pula menggunakan Samsonas sequential transmission.

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 04

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 05

Tambahan lain yang dipasang untuk memastikan Toyota GR Supra ini dalam prestasi drifting terbaik adalah:

  • Kit sudut Wise Fab
  • Penukar pantas SIKKY
  • Coilovers Hipermax HKS 
  • Sportrim RAYS Gram LIGHTS 57FXZ
  • Tayar Toyo Proxes R88R (depan 285/35 R19; belakang 275/35 R18)
  • Kit badan HKS

D1GP musim 2020 telah ditunda ke 23-24 Julai dengan pusingan pembukaan yang diadakan di Okuibuki Motorpark dan akan menjadi acara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 06

Toyota GR Supra dengan 1,100 PS V8? Ini taruhan Prince of Drift Malaysia! 07

Berikut adalah video aksi drift Tengku Djan untuk pelancaran rasmi Toyota GR Supra.

Comments

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Toyota GR Supra 3.0L

Upgrade

Add your car

Service powered by

Latest Cars