Dengan pelancaran Toyota Hilux 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi, UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengumumkan harga rasmi serta varian yang terkini.
Dengan lima varian, Toyota Hilux 2020 bermula daripada RM 92,880 untuk varian 2.4 MT Single Cab dan RM 111,880 untuk varian 2.4G MT Double Cab.
Harga untuk varian seterusnya boleh didapati seperti berikut:
Harga Toyota Hilux 2020 (AT sahaja, RM) | |||
---|---|---|---|
Wilayah | 2.4E AT Double Cab | 2.4V AT Double Cab | 2.8 AT Rogue |
SMNJG | 108,880 | 133,880 | 146,880 |
SBH | 110,910 | 135,910 | 148,498 |
SWK | 111,043 | 136,043 | 148,685 |
LKW | 100,762 | 124,988 | 137,223 |
LBN | 102,253 | 126,479 | 138,602 |
Untuk maklumat anda, tempahan awal untuk Hilux varian 2.8 liter AT Rogue akan menerima diskaun sebanyak RM 2,000.
Varian tertinggi Rogue didatangkan dengan enjin 2.8 liter turbo diesel. Ia menghasilkan 204 PS dan 500 Nm tork.
Selain itu, Hilux Rogue menerima penambahan pada Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi ciri Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan Yaw Assist, dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC).
Comments